Thursday 4 September 2014

Wang Ehsan Diurus Oleh JPP Bersama MAIK


BACHOK – Wang ihsan yang sebelum ini diuruskan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bakal dikongsi bersama Kerajaan Negeri Kelantan melalui Majlis Agama dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK).

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, wang ihsan yang diperoleh RM50 juta setahun itu bakal dikongsikan melalui Maik untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan termasuk asnaf.

Beliau berkata, persetujuan itu dicapai hasil perbincangan bersama kerajaan negeri untuk manfaat rakyat Kelantan.

“Sebelum ini wang ihsan diberikan secara terus dari Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan melalui JPP untuk membantu rakyat pelbagai kategori yang memerlukannya.

“Ia termasuk pelajar sekolah, pelajar yang layak ke universiti, mereka yang ditimpa bencana dan sebagainya,” katanya ketika sidang media selepas majlis ramah mesra bersama pelajar baru Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Tangok, Bachok tengah hari tadi.

0 comments: