Saturday, 8 February 2014

MELAYU KELANTAN BANGKIT PERANGI KOMUNIS


KOTA BHARU 8 Feb. - Orang Melayu di  Kelantan berhimpun dihadapan Bangunan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan untuk membuat bantahan terhadap Teresa Kok yang telah menghina bangsa Melayu melalui video 'Onederful Malaysia' sempena Tahun Baru Cina. Mereka berhimpun pada jam 1 tengahari tadi untuk memberi amaran kepada Teresa Kok dan bangsa Cina DAP supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan dan fikirkan natijah yang akan berlaku. Apabila Melayu bangkit, Melayu tidak akan berundur daripada kebangkitan itu. Mereka juga memberi amaran supaya jangan sesekali mencabar bangsa Melayu dan jangan menyentuh sensitiviti orang Melayu dan hak-hak orang Melayu dibumi Malaysia.