Sunday, 20 March 2016

2,000 Cawangan UMNO Kelantan Tolak Gesaan Tun M #RespectMyPM

Lebih 2,000 cawangan UMMO seluruh negeri ini memberi kepercayaan dan menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, semua ahli sedia mempertahankan kedudukan Najib dan kerajaan sedia ada.

Ujarnya, sebarang tindakan yang cuba dilakukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad termasuk melalui penyebaran surat terbuka bagi mempengaruhi ahli UMNO peringkat bawahan bukanlah menjadi satu ancaman.

"Sekarang dunia terbuka dan maklumat sampai dalam ‘real-time’, tidak kiralah sama ada surat (Dr. Mahathir) dihantar atau tidak kepada cawangan-cawangan, mereka ini tetap bersama kita, ada 2,000 cawangan UMNO di Kelantan.


Berita penuh disini: sokmo.net





#RespectMyPM UMNO Kelantan Pertahankan Najib

Seluruh ketua-ketua UMNO Bahagian dan kepimpinan akar umbi UMNO dari seluruh negeri ini menyatakan sokongan padu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus memimpin negara selain mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamed yang sanggup bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin pembangkang bagi menjayakan agenda menjatuhkan Najib.

Sokongan itu diterjemahkan dalam satu deklarasi yang dibacakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam Perhimpunan Deklarasi UMNO Kelantan yang diadakan di sini, hari ini.

Dalam himpunan tersebut, pemimpin-pemimpin UMNO negeri juga sepakat menandatangani deklarasi yang mengandungi tujuh perkara sebagai bukti sokongan tersebut dan mengutuk cubaan pakatan itu untuk menjatuhkan pemimpin negara dengan cara bertentangan dengan amalan demokrasi.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya dan amat kesal dengan tindakan Dr. Mahathir yang sanggup bekerjasama dengan pemimpin pembangkang termasuk Lim Kit Siang bagi menjatuhkan Perdana Menteri.

Berita penuh disini: sokmo.net