Wednesday 27 July 2016

Ketum Boleh Ditanam Jika Ada Bukti Saintifik

Pokok ketum boleh ditanam secara komersial jika nilai perubatannya dibuktikan secara saintifik dan mempunyai permintaan tinggi di luar negara, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata, ini bagi mengelakkan tanaman itu disalahgunakan kerana
pengambilan air ketum yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan selain menyebabkan ketagihan.

Berita penuh disini: https://sokmo.net/2016/07/27/pokok-ketum-boleh-ditanam-jika-ada-bukti-saintifik/

Pelajar Sekolah Ditangkap Miliki 12,900 Pil Kuda

Seorang Pelajar Tingkatan Lima (5) dicekup memiliki 12,900 biji pil kuda, seberat 1269.33 gram, bernilai hampir RM200,000.

Tangkapan itu merupakan yang terbesar di Negeri Terengganu.

Suspek dipercayai menyimpan dadah itu dirumahnya di Kampung Dalam Kedai Buluh, sebelum diedarkan oleh pihak ketiga.

Polis Terengganu sedang giat memburu pemilik dadah itu yang dipercayai lelaki tempatan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Terengganu, Supritenden Roslan Tahir.