Monday, 10 February 2014

100 SOALAN RAKYAT UNTUK DUN KELANTAN


KOTA BAHARU 10 Feb. - Pertubuhan Barisan Darul Naim (BADAR) hari ini menyerahkan 100 soalan kepada wakil Barisan Nasional (BN) YB Dato' Nozula Mat Diah selaku ADUN Paloh untuk dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bersidang selama tiga hari mulai 4 Mac ini.

Soalan itu diserahkan oleh Pengerusi Badar, Kamarudin Mohd Kasim kepada ketua pembangkang di DUN, Datuk Nozula Mat Diah di Pejabat Perhubungan Umno Kelantan di sini. Soalan itu diperoleh daripada pelbagai lapisan rakyat seperti kakitangan kerajaan, NGO, mahasiswa, usahawan kecil dan belia. 100 soalan rakyat Kelantan ini meliputi segenap permasalahan dan isu semasa yang membelenggu rakyat Kelantan seperti pembalakan, lebuh raya rakyat, stadium di Bukit Merbau, air dan Taman Negara Kuala Koh. Beliau juga bertegas bahawa kerajaan negeri perlu menjawab semua soalan itu sama ada secara lisan atau bertulis semasa persidangan yang jika tidak, pihaknya akan berhimpun semasa persidangan DUN dan menuntut semua soalan itu dijawab.

Dato' Nozula Mat Diah yang juga ADUN Paloh berkata soalan itu akan dipanjangkan kepada kerajaan negeri hari ini. Beliau tidak mahu soalan rakyat ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan negeri kerana rakyat dahagakan penerangan setiap isu yang dibangkitkan. Semua jawapan secara bertulis nanti akan kami edarkan kepada media untuk dijelaskan kepada rakyat selepas ini, katanya.

No comments:

Post a Comment