Sebuah lori yang hilang kawalan telah melanggar tujuh buah kereta di lampu isyarat Simpang Pangkal Kalong, Kok Lanas hari ini.
Kejadian kira-kira pulul 10 pagi itu dipercayai kerana kegagalan sistem brek lori tersebut yang dalam perjalanan dari Machang ke Kota Baharu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Penolong Penguasa Bomba Machang Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, lori membawa muatan tar itu dikatakan telah gagal menghentikan kenderaan dan terus melanggar kesemua tujuh kenderaan dihadapannya yang ketika itu sedang menunggu lampu isyarat.
No comments:
Post a Comment