Susulan isu laporan polis terhadap seorang Aktivis NGO Royalti, yang
membuat kenyataan menghina Tuanku Al Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V
melalui akaun Facebooknya ,Listen Basikal Tua, pada 10 November 2013.
Presiden NGO R , Nazri Deraman telah mengeluarkan kenyataan di akhbar
Sinar Harian hari ini menyatakan bahawa NGO Royalti tidak terlibat isu
hina Sultan.
Dalam kenyataan tersebut Saudara Nazri telah
menyatakan telefon bimbit Listen Basikal Tua telah hilang semasa
menyaksikan perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada 3
November 2013.
Keratan akhbar SINAR HARIAN.
Disini kami meminta Saudara Nazri sebagai Presiden
Royalti yang terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan bagi pihak Listen
Basikal Tua menjelaskan kepada kami,
1) Jika NGO Royalti
tiada kaitan dengan penghinaan terhadap Tuanku Sultan Kelantan ,
kenapakah beliau melatah menjawab bagi pihak Listen Basikal Tua?,
sedangkan penghinaan ini keluar dari akaun peribadi Listen Basikal Tua
sendiri dan tiada siapa menuduh NGO Royalti yang mengeluarkan kenyataan
tersebut sebaliknya hanyalah seorang Aktivis NGO Royalti . Sewajarnya
Listen Basikal Tua sendiri bertanggungjawab menjawab persoalan atas apa
yang telah berlaku.
2) Jika didakwa telefon bimbit Listen
Basikal Tua telah hilang pada 3 November 2013 yang lalu dan selepas itu
akaun Facebook Listen Basikal Tua didakwa diceroboh, apakah jawapan
Saudara Nazri terhadap ‘posting’ Facebook di sebuah Group Facebook pada
26 Ogos 2013 yang secara ringkasnya menyatakan dalam dialek Kelantan “
Loni hok patut dilawan bukan husam...bukan juga Nik Amar... tapi Rajo...
haaa tu dio... mugo punco dari dia belako...ado berani ko blako???x
rokkk dk berkokok jah...”.
3) Apa pula alasan Saudara Nazri
boleh berikan kepada Tuanku Sultan dan rakyat Kelantan dimana dalam satu
komen yang dikeluarkan oleh akaun Listen Basikal Tua ini yang
mempertikaikan perbelanjaan istana dengan kenyataan bertulis “ rm1j buat
beli beras, sayur, lauk untuk raja... rakyat marhaen rm300 bantuan jkm
buat beli sayur,beras, lauk... benda sama jer tapi total lain... atau
adakah raja nak beli mugo lain lagi...”.
Semua kenyataan diatas
dikeluarkan oleh Listen Basikal Tua selepas perjumpaan NGO Royalti
dengan Timbalan Menteri Besar, Dato Nik Amar pada 26 Ogos 2013. Adakah
telefon Listen Basikal Tua juga ketika itu dicuri?. Selain dari itu juga
beberapa Status Facebook Listen Basikal Tua juga beberapa kali
mempertikaikan system beraja yang diamalkan di Negara ini.
Dikesempatan ini juga kami di pihak Pertubuhan Barisan Darul Naim
mewakili rakyat Kelantan meminta Timbalan Menteri Besar, Dato Nik Amar
menjelaskan kepada seluruh rakyat apakah yang dibincangkan dan
diterangkan kepada delegasi NGO Royalti semasa perjumpaan yang bertarikh
26 Ogos 2013, jam 3:30 petang di bilik Mesyuarat di Kota Darulnaim
sehingga menyebabkan Listen Basikal Tua begitu berani mencabar Istana
dengan mempertikaikan pelbagai hal. Untuk rekod pertemuan itu juga
dihadiri oleh pemilik Facebook Listen Basikal Tua.
Rakyat
Kelantan bukan menuduh NGO Royalti tapi sebaliknya mengecam apa yang
dikeluarkan oleh pemilik akaun facebook Listen Basikal Tua yang juga
pada ketika itu adalah ADMIN bagi FACEBOOK GROUP: Aktivis R – ROYALTI.
Sekian, Timb. Pengerusi Pertubuhan Barisan DarulNaim (BADAR)
0 comments:
Post a Comment