PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Perdana Putra di Putrajaya.
Ahmad yang ditemui sejurus selepas perjumpaan selama kira-kira 45 minit itu berkata, ia merupakan kunjungan hormat beliau selaku Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik.
Beliau berkata, antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berkaitan dengan pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri. "Contohnya berkaitan dengan infrastruktur dan juga hal lain untuk kebajikan rakyat," katanya dan menambah, isu berkaitan politik tidak dibincangkan dalam pertemuan itu.
Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada kira-kira jam 9 pagi bersama beberapa anggota exco kerajaan negeri Kelantan, dan beliau diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika memasuki pejabat perdana menteri.
Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei lalu, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandang jawatan menteri besar selama 23 tahun.

No comments:
Post a Comment