100 SOALAN RAKYAT UNTUK DUN KELANTAN

Pertubuhan Barisan Darul Naim (BADAR) hari ini menyerahkan 100 soalan kepada wakil Barisan Nasional (BN) YB Dato' Nozula Mat Diah

MOHON DAN KEMASKINI BR1M 3.0'

Permohonan BR1M 2014 dibuka sehingga 31 Januari 2014. Penerima BR1M sedia ada dikehendaki untuk mengemaskini permohonan anda.

PAS KELANTAN MENGGADAI TANAH RAKYAT BACHOK

Timb Menteri Besar Kelantan, Nik Amar telah berjaya menggadai 2 bidang tanah milik SEDC di Perupuk Bachok dengan kepada syarikat swasta untuk dibuat perumahan mewah berpagar dan kondominium dan hotel 4 bintang.

USTAS KAZIM DIPANGGIL 'ANJING' DAN 'BARUA'???

Beliau kesal apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.

AL-KISAH MENGENAI AIR KELANTAN SDN BHD

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bermula sebagai KELANTAN WATER SDN BHD (KWSB). AKSB/KWSB telah dijadikan sebagai sebuah syarikat swasta pada 25 Februari 1995. Sila klik pada gambar untuk berita selanjutnya...

Thursday, 31 October 2013

PROGRAM PAS DI SG. LIMAU MEMALUKAN PRESIDEN #PRKSgLimau #2013

Jika dulu PAS kata Dr. Zambry syirik, khurafat sbb ikat ancak. Tetapi sekarang ni macam mana syirik ke, bidaah ke, khurafat? atau PAS memang double standard?

Ataupun PAS sudah pening, mati akal macamana nak tarik perhatian dan macam nak meraih undi daripada rakyat di Dun Sungai Limau? Memang betul la orang cakap :

"PAS TERDESAK, PAS TERDESAK, PAS TERDESAK!!!!!"


 Dengar orang cakap la kan, tapi saya sendiri pun rasa macam tu sebab parti Pas hari ini sanggup buat apa sahaja tidak kira melanggar undang-undang negara dan lebih menyedihkan ada juga yang buat perkara yang dilarang keras oleh agama ISLAM. MasyaALLAH!!!!


TABURR!!!!! JANGAN TAK TABUR... MACAM NI KE ISLAM YANG DIBAWA OLEH PAS? RENUNG-RENUNGKAN.....

SHABERY : KERAJAAN NAIK TARAF KEMUDAHAN 3G DI SG. LIMAU #PRKSgLimau #2013


alt

YAN 31 Okt - Kerajaan sedang dalam memproses menaik taraf kemudahan telekomunikasi dari 2G ke 3G secara berperingkat di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sebagai langkah sementara mengatasi masalah Internet yang terhad di Sungai Limau, kementerian telah mewujudkan 17 kampung tanpa wayar dan tiga Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).

"Hanya beberapa tempat kini ada kemudahan 3G. Untuk adakan perkhidmatan yang gunakan gentian atau fiber perlukan laluan untuk pasang ke rumah... ambil masa. Kita mahu selesaikan dulu masalah tanpa wayar.

"Walaupun tumpuan mulanya ke kawasan ramai penduduk, tetapi akhirnya pergi juga ke tempat kurang penduduk. Buat sementara waktu, kita ada 17 kampung tanpa wayar sebagai kawasan 'hotspot'," katanya dalam sidang media di Pusat Media Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini.

Katanya, kemudahan kampung tanpa wayar dan PI1M ini membolehkan pelajar dan orang ramai mendapat kemudahan Internet seperti menghantar e-mel dan mendapatkan maklumat.

"Ini semua masih kemudahan sementara. (Kemudahan sementara ini akhirnya) akan jadi seperti pondok telefon awam, yang sekarang dah tak ada. Perubahan ini akan berlaku dalam masa yang singkat," katanya.

Ahmad Shabery berkata dalam Bajet 2014 yang diumumkan baru-baru ini, terdapat peruntukan sebanyak RM6 bilion bagi kemudahan telekomunikasi di bandar, pinggir bandar dan luar bandar.

"Ini termasuk pembinaan 1,000 menara telekomunikasi supaya perkhidmatan 3G, 4G diperluaskan di kawasan luar bandar supaya Internet menjadi kemudahan biasa.

Waktu itu, kita tak perlukan lagi kampung tanpa wayar dan Pusat Internet 1Malaysia," katanya.

Sementara itu, Shabery berkata beliau berharap media yang membuat liputan Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, dapat menyalurkan maklumat dengan cepat dan tepat bagi mengelak khabar angin.

"Pusat Media KKMM akan salurkan maklumat dengan cepat dan tepat bukan sahaja kepada media kerajaan tetapi juga kepada media bebas," katanya.

Terdahulu, Ahmad Shabery melawat dan menyampaikan bantuan kepada penduduk yang memerlukan di Kampung Gelam di Yan, Kedah.

Beliau turut melakukan lawatan ke PI1M, selain rumah ke rumah dan meluangkan masa bersarapan serta beramah mesra bersama penduduk di Warung Pak Su di Kampung Bukit Besar. - Rakyat News

Monday, 28 October 2013

VATERAN PAS DUN SG. LIMAU HARAP BN MENANG #PRKSgLimau #2013


                     ALLAH Maha Besar Lagi Maha Mengetahui.

Ya ALLAH, Engkau makbulkanlah doa Pak Teh supaya BARISAN NASIONAL menang di Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau yang bakal berlangsung pada 4hb November 2013 nanti. Sesungguhnya hanya pada Engkau kami mohon pertolongan. Amin~ 
Pakcik dalam gambar diatas dikenali dengan nama 'Pak Teh'.

Beliau merupakan seorang yang disegani di kawasan tersebut terutamanya Veteran Pas di DUN Sungai Limau, Yan, Kedah Darul Aman. Ketika ditemu bual, Pak Teh turut mengajak rakyat di DUN Sungai Limau untuk memberi kepercayaan serta mandat kepada calon BN iaitu Dr Ahmad Suhaimi Lazim.
 
Sentimen mengundi PAS kerana Allayarham Ustaz Azizan tidak boleh dinafikan dikawasan Sungai Limau dan ia diakui sendiri oleh Pak Teh yang juga berbuat demikian.

#SL4SL
#SungaiLimau4SuhaimiLazim
#PRKDunSgLimau


Saksikan video dibawah : Temubual Blogger Nadi Rakyat Bersama Pak Teh.