Pendakwah popular, Mohammad Kazim Elias sudah menjangkakan pelbagai reaksi yang bakal diterima sebaik sahaja pengumuman pelantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dibuat semalam. Mohammad Kazim atau dikenali sebagai Ustaz Mohammad Kazim Elias didalam Facebook adalah antara sembilan individu yang dilantik sebagai MT baru yang diumumkan oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, semalam.
Beliau kesal apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.
“Saya memang sudah jangka akan ada penerimaan dan reaksi negatif seperti ini, tetapi mereka terlalu cepat menghentam tanpa mendengar penjelasan, sepatutnya komen perlu lebih berhemah.
“Alangkah baik jika semua pihak memandang kebaikan, sekiranya YAB Perdana Menteri minta tolong untuk martabatkan Islam, apa salahnya saya bantu, mana-mana pihak yang minta nasihat juga akan saya bantu.” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutupan Program Kem Tahsin yang dirasmikan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Pusat Pendidikan Al-Barakah.

Ustaz Kazim yang juga Pengerusi Pusat Pendidikan Al-Barakah mengakui, komen negatif yang diterima sedikit sebanyak mengganggu emosi ahli keluarganya yang lain. Gelaran seperti ‘anjing’ dan ‘macai’ yang dilempar agak keterlaluan hingga ada ketikanya membuatkan anaknya sendiri menangis membaca komen sebegitu.
Menurutnya, keadaan itu disifatkan tidak adil kerana keputusan sama
ada mahu menerima atau menolak perlantikan itu masih belum diputuskan
lagi.
“Saya penat, orang kutuk macam-macam, anak saya sendiri menangis apabila bapanya dipanggil anjing dan barua. Ini membuatkan saya sedih. Orang luar hanya tahu memboikot, tetapi sekupang pun mereka tidak datang untuk melihat tempat kita (Pusat Pendidikan Al-Barakah),'' katanya.
0 comments:
Post a Comment