100 SOALAN RAKYAT UNTUK DUN KELANTAN
Pertubuhan Barisan Darul Naim (BADAR) hari ini menyerahkan 100 soalan kepada wakil Barisan Nasional (BN) YB Dato' Nozula Mat Diah
MOHON DAN KEMASKINI BR1M 3.0'
Permohonan BR1M 2014 dibuka sehingga 31 Januari 2014. Penerima BR1M sedia ada dikehendaki untuk mengemaskini permohonan anda.
PAS KELANTAN MENGGADAI TANAH RAKYAT BACHOK
Timb Menteri Besar Kelantan, Nik Amar telah berjaya menggadai 2 bidang tanah milik SEDC di Perupuk Bachok dengan kepada syarikat swasta untuk dibuat perumahan mewah berpagar dan kondominium dan hotel 4 bintang.
USTAS KAZIM DIPANGGIL 'ANJING' DAN 'BARUA'???
Beliau kesal apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.
AL-KISAH MENGENAI AIR KELANTAN SDN BHD
Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bermula sebagai KELANTAN WATER SDN BHD (KWSB). AKSB/KWSB telah dijadikan sebagai sebuah syarikat swasta pada 25 Februari 1995. Sila klik pada gambar untuk berita selanjutnya...
Tuesday, 31 December 2013
KEJAYAAN PAS KELANTAN 2013 : MENGGADAI TANAH RAKYAT DI PANTAI IRAMA BACHOK
Wednesday, 25 December 2013
KERANDA DIBALUT DENGAN BENDERA PAS
Link : http://btmmari.blogspot.com/2013/12/keyakinan-rakyat-sebak-melihat-gambar.html |
Sunday, 22 December 2013
PERMOHONAN BR1M 3.0 TELAH DIBUKA (Mohon Dan Kemaskini Permohonan)
- -Warganegara Malaysia.
- -Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- -Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
- -Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
Saturday, 21 December 2013
KEMELUT EKONOMI RAKYAT, SIAPA PERLU DIPERSALAHKAN?
Dalam menghadapi kemelut ekonomi dan tekanan peningkatan kos sara hidup, kewujudan pihak untuk dipersalahkan merupakan langkah termudah bagi rakyat 'keluar' daripada terus dibelenggu permasalahan ini.
Sikap alami manusia yang sering menyalahkan pihak lain, waima atas kesilapan diri sendiri merupakan refleksi kepada tindakan rakyat mutakhir ini, terutamanya ketika menghadapi tekanan disebabkan peningkatan kadar dan harga barangan di pasaran.
Ironinya sebilangan besar rakyat tidak mencari jalan penyelesaian mengurangkan tekanan tersebut, sebaliknya mencari pula pihak untuk dipersalahkan.
Dalam keadaan kelembapan ekonomi global ditambahkan lagi dengan kenaikan pelbagai kos, keputusan rakyat menjadikan kerajaan sebagai 'punching bag' bagi melepaskan tekanan mereka adalah tidak dapat dielak.
Ditambah pula dengan sogokan pihak tertentu terutama peranan media pro-pembangkang menyebabkan kemelut ini hanya dianggap bertitik-tolak atas kelemahan urus tadbir kerajaan semata-mata, tanpa melibatkan pihak lain.
Sebenarnya sebilangan rakyat menyedari bahawa kerajaan bukanlah kunci kepada kemelut ekonomi ini semata-mata.
Sebaliknya faktor lain juga memainkan peranan sebagai pemangkin kepada kelesuan pertumbuhan ekonomi, selain menyumbang kepada peningkatan kadar dan harga barangan di pasaran.
Mungkin sebilangan rakyat akan beranggapan bahawa kenyataan ini sebagai karut dan sengaja direka-reka bagi membentuk perspektif kerajaan tidak wajar dipersalahkan.
Namun rakyat harus akur dengan hakikat kenaikan pelbagai kos turut berpunca daripada krisis ekonomi global. Tetapi pasti sebilangan rakyat akan tetap bertanya; siapakah yang harus kami persalahkan?
PERANAN RAKYAT
Menyalahkan mana-mana pihak pada ketika ini, tidak akan membantu menurunkan harga barangan di pasaran.
Sebaliknya rakyat sendiri wajar bersedia untuk mengawal kuasa membeli dan berjimat bagi menghadapi tekanan kenaikan pelbagai kos, terutama melibatkan perbelanjaan bukan perlu.
Sebagai kuasa membeli terbesar, rakyat perlu bijak dalam menguruskan belanjawan peribadi dan rumah tangga.
Perbelanjaan luar perlu mesti dielakkan bagi mengurangkan tekanan kewangan terutamanya dalam keadaan ekonomi nasional kurang stabil.
Selain itu, rakyat boleh mengurangkan beban kewangan dengan melakukan beberapa pendekatan mudah dalam memastikan pengurusan belanjawan peribadi dan rumah tangga berada dalam keadaan terkawal.
Berkongsi kenderaan ke tempat kerja, menjimatkan penggunaan elektrik dan air di rumah, menggunakan kenderaan awam, menanam sayur-sayuran secara hidroponik dan berbelanja secara berhemah merupakan antara pendekatan bagi meminimumkan tekanan dihadapi rakyat akibat kenaikan pelbagai kos.
Pendekatan-pendekatan sebegini bukanlah perkara baru untuk diperkenalkan. Sebaliknya pelbagai kempen seumpama ini pernah digerakkan oleh agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi panduan kepada rakyat ketika menghadapi kemelut ekonomi semasa terutama semasa Krisis Ekonomi Dunia 1997.
Malah semasa Krisis Ekonomi tersebut, kerajaan di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamed, mempergiatkan lagi kempen berjimat-cermat dengan memberi fokus kepada kelompok sasaran sebagai pendekatan mengawal tekanan ekonomi semasa dan kadar inflasi nasional, ketika itu.
PERANAN KERAJAAN
Dalam masa sama, kerajaan juga perlu memainkan peranan bagi meminimalkan sebarang kenaikan kos dengan tidak mengenakan sebarang cukai terhadap barang keperluan asas, selain mempersiapkan pelan jangka panjang menghadapi krisis ekonomi global yang dijangka berlarutan sehingga 2018.
Menghadapi kemelut ekonomi rakyat, kerajaan wajar menilai kembali belnjawan dibentang saban tahun.
Perbelanjaan luar perlu mesti dihentikan serta-merta untuk mengurangkan defisit nasional dan membantu pertumbuhan ekonomi lebih mapan.
Selain itu, kerajaan harus bersedia untuk mengurangkan perbelanjaan bersifat pengurusan dan meningkatkan perbelanjaan pembangunan bagi menyediakan prasarana mencukupi untuk keperluan pelabur dalam dan luar negara.
Peningkatan jumlah pelaburan dalam negara secara tidak langsung akan membantu proses pertumbuhan ekonomi, selain meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Namun dalam masa sama, kerajaan wajar untuk bersedia dengan mekanisme mengurangkan kebergantungan kepada warganegara asing.
Kebergantungan negara kepada khidmat buruh asing nyata mengikis peluang pekerjaan rakyat tempatan untuk bersaing dalam pelbagai sektor, selain menyumbangkan kepada pengaliran keluar ringgit secara tidak terkawal.
Pengaliran keluar tunai secara berterusan bukan sahaja menyebabkan nilai ringgit menurun di pasaran global, malah turut menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi negara.
Bersandarkan atas alasan kadar inflasi nasional meningkat, golongan kapitalis dan pelabur semestinya akan berlumba-lumba menaikkan harga barangan di pasaran.
Lebih memburukkan keadaan lagi apabila majikan lebih mengemari khidmat pekerja asing berbanding warga tempatan disebabkan kos buruh yang rendah.
Namun dalam masa sama, rakyat tempatan turut terkesan apabila gaji ditawarkan kepada mereka tidak setimpal dan sering kali bersamaan tangga gaji buruh asing.
Hakikatnya buruh asing tidak begitu terkesan dengan kenaikan pelbagai kos disebabkan tidak mempunyai tanggungan di negara ini, sebaliknya rakyat tempatan pula mempunyai pelbagai keperluan dan tanggungan semasa.
Seandainya kerajaan melihat realiti ini, isu kemelut ekonomi rakyat pasti tidak timbul memandangkan tekanan kos sara hidup dihadapi ketika ini berpunca daripada kenaikan pelbagai kos yang tidak disetimpalkan dengan tangga gaji rakyat.
KESIMPULAN
Kerajaan dan rakyat harus memperbetulkan beberapa pendekatan agar kemelut ekonomi rakyat tidak berterusan.
Rakyat perlu berjimat-cermat berbelanja terutama ketika ekonomi global berada dalam keadaan kurang stabil.
Manakala kerajaan pula memikirkan mekanisme untuk membela nasib rakyat yang ditindas golongan majikan.
Wednesday, 18 December 2013
LELAKI DITAHAN POLIS ANJUR MAJLIS PERINGATI PENGGANAS LTTE
Mendiang V. Prabhakaran |
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki itu ditahan pada Isnin lepas di negeri itu dan kini disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948.
Beliau berkata siasatan polis mendapati NGO itu menjemput orang ramai meraikan ulang tahun mendiang V. Prabhakaran, seorang pengganas dari Sri Lanka, dan perbuatan itu dilihat cuba mempengaruhi orang ramai supaya mempercayai kegiatan berunsurkan keganasan.
"Apa kaitan pengganas itu dengan negara kita? Kenapa cuba ajak orang ramai agungkan seorang pengganas?
"Kita lihat ini satu tindakan atau cubaan untuk mempengaruhi atau menghasut rakyat agar percaya kepada kegiatan keganasan di negara ini," katanya selepas menerima sumbangan cek bernilai RM30,000 masyarakat Republik Korea Selatan di negara ini untuk pendidikan anak-anak polis daripada duta negara itu di Malaysia, Cho Byungjae.
Khalid berkata polis tidak membenarkan sebarang usaha yang mengagung-agungkan keganasan di Malaysia.
"Saya nasihatkan NGO di negara ini supaya tidak menganjurkan sebarang majlis yang bertujuan menghasut atau mempengaruhi mana-mana kegiatan pemimpin pengganas," katanya.
LTTE melancarkan perang terhadap kerajaan Sri Lanka selama hampir 26 tahun bagi menuntut negara berasingan untuk kaum Tamil di utara negara itu dan pada 2009, gerakan itu dipatahkan oleh tentera Sri Lanka, dan Prabhakaran terbunuh dalam pertempuran itu.
Sumber :
BERNAMA