"Kerajann BN penipu!! Manifesto BN tipu". Inilah perkataan yang sering kita dengar sejak 3, 4 bulan ni bila ia melibatkan janji kerajaan kepada rakyat Malaysia...kenapa? sebabnya Bantuan Rakyat Satu Malaysia BR1M tidak menepati janji yang telah ditulis pada manisfesto BN pada PRU-13 lepas iaitu "Pemberian BR1M RM1,200 kepada setiap isi rumah berpendapatan rendah".Penulis tidak salahkan sesiapa pun, memang salah BN la sebab tak maklum BR1M akan dinaikkan secara berperingat dalam penggal ini..Itu silap kecil jer berbanding "Manifesto Bukan Janji" Kata Khalid MB Selangor.Jom baca penjelasan Datuk Seri Najib Razak mengenai BR1M 3.0.InsyAllah semoga kita sama-sama bersyukur atas kurniaan rezeki daripada Allah SWT dan Kerajaan telah menjadi perantaraan yang terbaik untuk mengagihkan rezeki dariNya kepada rakyat Malaysia, Alhamdulillah.
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Februari ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Februari, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri berkata pemberian bantuan adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang mana jumlah BR1M dinaikkan dari semasa ke semasa dalam tempoh lima tahun sehingga mencapai RM1,200.
"Pemberian BR1M ini juga akan diagihkan kepada golongan bujang. Kalau gula naik 34 sen banyak mana kita pakai gula sebulan, habis banyak dua kilogram cuma 68 sen. Yang kita nak beri ini melalui BR1M, bantuan persekolahan dan buku baucar jauh lebih besar daripada itu," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Wisma Umno Bukit Gantang di Taiping hari ini.
Melalui Bajet 2014 yang diumumkam Najib pada Oktober lepas, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak menerima BRIM RM650 dan caruman takaful i-BR1M RM50.
Perdana menteri berkata bagi mengurangkan beban rakyat, selain pemberian BR1M, kerajaan juga mengambil inisiatif dengan membina pasar tani, Kedai Rakyat 1Malaysia serta penguatkuasaan lebih tegas terhadap harga barang.
"Sekarang ini harga barang telah stabil. Ini merupakan asam garam ekonomi tetapi pokoknya kita mesti terus bersandarkan kepada rakyat mesti didahulukan.
"Kita tak mahu membebankan rakyat, kita cuma alihkan subsidi pukal kepada subsidi bersasar dan saya percaya subsidi bersasar ini adalah kaedah yang terbaik dan kita sedang fikirkan langkah-langkah baharu yang akan diumumkan tidak lama lagi," kata Najib.
Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan mempersia-siakan mandat yang diberikan rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.
"Kita sedar dan saya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sudah tentu sayalah amat sensitif dalam hal ini kerana parti keramat ini iaitu Umno mesti kita pertahankan sebagai parti yang berkuasa, berwibawa secara berterusan," katanya.
1 comments:
1591Br1m 3.0 tidak menampakkan ketelusan sejajar dengan manifesto BN ketika ianya diucapkan. Seolah-olah memasang jerat dengan umpan yang besar dan agak berjaya meraih kehadiran meski tidak sehebat manapun. Bolehlah dianggapkan bahawa agihan br1m 3.0 adalah sekadar bahagian dari yang sepatutnya yang mungkin diagihkan bila-bila nanti atau mungkin dijelaskan dalam satu kenyataan kelak.
Post a Comment