100 SOALAN RAKYAT UNTUK DUN KELANTAN

Pertubuhan Barisan Darul Naim (BADAR) hari ini menyerahkan 100 soalan kepada wakil Barisan Nasional (BN) YB Dato' Nozula Mat Diah

MOHON DAN KEMASKINI BR1M 3.0'

Permohonan BR1M 2014 dibuka sehingga 31 Januari 2014. Penerima BR1M sedia ada dikehendaki untuk mengemaskini permohonan anda.

PAS KELANTAN MENGGADAI TANAH RAKYAT BACHOK

Timb Menteri Besar Kelantan, Nik Amar telah berjaya menggadai 2 bidang tanah milik SEDC di Perupuk Bachok dengan kepada syarikat swasta untuk dibuat perumahan mewah berpagar dan kondominium dan hotel 4 bintang.

USTAS KAZIM DIPANGGIL 'ANJING' DAN 'BARUA'???

Beliau kesal apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.

AL-KISAH MENGENAI AIR KELANTAN SDN BHD

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bermula sebagai KELANTAN WATER SDN BHD (KWSB). AKSB/KWSB telah dijadikan sebagai sebuah syarikat swasta pada 25 Februari 1995. Sila klik pada gambar untuk berita selanjutnya...

Thursday, 13 March 2014

PEMIMPIN PKR ADAKAN PERTEMUAN SULIT DI SABAH UNTUK JATUHKAN KHALID?


KUALA LUMPUR 13 Mac - Satu pertemuan sulit antara beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ahli mereka didakwa diadakan di Sandakan, Sabah beberapa hari lalu bagi menjatuhkan reputasi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pertemuan tersebut didakwa bertujuan menarik sokongan ahli-ahli PKR Sabah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu diyakini akan mengambil alih jawatan Abdul Khalid selepas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Menurut sumber, pertemuan tertutup yang diadakan di sebuah hotel sehari sebelum Anwar dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan kerana kes liwat itu juga adalah untuk memastikan ahli PKR memberi sokongan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ketika berceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Kampung Sri Jambu, Kajang di sini malam ini berkata, pertemuan tersebut dijadikan medan untuk pemimpin PKR yang hadir menghentam Abdul Khalid secara habis-habisan.

"Mereka memburuk-burukkan (Abdul) Khalid walaupun dia masih lagi Menteri Besar mereka yang sah.

"Pada saya, apa yang berlaku ini adalah satu masalah besar dalam PKR dan pimpinan pakatan rakyat, mereka sanggup datang ke Sandakan untuk melakukan perkara ini," katanya.

Sementara itu, Musa yang ditemui selepas ceramah itu enggan mengulas lebih lanjut, namun mengesahkan berlaku pertemuan tersebut.

Sumber : Utusan Malaysia