100 SOALAN RAKYAT UNTUK DUN KELANTAN

Pertubuhan Barisan Darul Naim (BADAR) hari ini menyerahkan 100 soalan kepada wakil Barisan Nasional (BN) YB Dato' Nozula Mat Diah

MOHON DAN KEMASKINI BR1M 3.0'

Permohonan BR1M 2014 dibuka sehingga 31 Januari 2014. Penerima BR1M sedia ada dikehendaki untuk mengemaskini permohonan anda.

PAS KELANTAN MENGGADAI TANAH RAKYAT BACHOK

Timb Menteri Besar Kelantan, Nik Amar telah berjaya menggadai 2 bidang tanah milik SEDC di Perupuk Bachok dengan kepada syarikat swasta untuk dibuat perumahan mewah berpagar dan kondominium dan hotel 4 bintang.

USTAS KAZIM DIPANGGIL 'ANJING' DAN 'BARUA'???

Beliau kesal apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.

AL-KISAH MENGENAI AIR KELANTAN SDN BHD

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bermula sebagai KELANTAN WATER SDN BHD (KWSB). AKSB/KWSB telah dijadikan sebagai sebuah syarikat swasta pada 25 Februari 1995. Sila klik pada gambar untuk berita selanjutnya...

Thursday, 28 November 2013

KONSERT ARTIS GABUNGAN DUA NEGARA

SUDAH acap kali konsert gabungan dua buah negara diadakan di Malaysia. Atas predikat perpaduan, konsert sebegini terus dilaksanakan dan mendapat sambutan menggalakkan, baik daripada pihak artis mahupun peminat.

Namun, acara atas nama Konsert Destini ini lahir untuk mewujudkan objektif yang berbeza. Masih dalam rantaian persembahan penyanyi-penyanyi hebat Malaysia dan Indonesia, konsert yang akan dilaksanakan pada 20 dan 21 Disember ini mempunyai misi tersendiri.

Dianjurkan oleh pihak Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM, konsert ini bakal berlangsung di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Objektif utama konsert tersebut dianjurkan adalah untuk mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa yang merupakan tabung dermasiswa bagi membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan dari luar bandar, pedalaman dan miskin.

Ia juga akan disalurkan kepada anak yatim dan orang asli untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Konsert tersebut yang akan berlangsung pada pukul 8 malam menampilkan persembahan artis tersohor Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Jaclyn Victor, Adira, Hafiz Suip serta Dayang Nurfaizah manakala artis dari Indonesia terdiri daripada Datuk Rossa dan Pasha Ungu.

Menyambut baik perjuangan dana ini, Datuk Siti Nurhaliza yang akan menyanyikan tiga buah lagu hitnya melihat ia sebagai suatu usaha murni untuk membantu anak bangsa.

“Sebagai anak seni, kami bukan sahaja muncul untuk menghibur tetapi juga membantu melalui muzik. Kita mahu melihat anak bangsa berjaya.

“Ada dalam kalangan mereka ini yang berkeinginan tetapi kemampuan mereka terhalang. Saya dan rakan-rakan artis yang lain menyokong program yang dijalankan oleh YDAB,” ujarnya yang pernah bekerjasama dengan pihak YDAB sebelum ini.

Amy Search yang merupakan salah satu penampilan istimewa untuk dua malam konsert tersebut juga menyambut baik sebuah projek yang disifatkan sebagai membantu anak-anak bangsa yang tercicir.

“Saya akan menyanyikan sekitar tiga atau empat buah lagu. Saya mungkin akan tukar lagu pada malam kedua, semua bergantung kepada mood serta audiens,” ujar Amy yang menerima pelawaan penganjur konsert tanpa melihat jadual kerjanya kerana ikhlas mahu menghulur bantuan.

“Ini sebuah acara yang perlu ditunjukkan sokongan untuk generasi seterusnya,” ujar Amy yang menyimpan keinginan mempelajari seni lukis di UiTM suatu ketika dulu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB), Datuk Mohd. Aizuddin Mohd. Ghazali, sehingga kini sebanyak 2,500 tiket telah habis dijual.

“Artis yang sama akan menyanyi untuk dua malam. Konsert yang berdurasi dua jam 30 minit ini menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2 juta dan setiap ringgit akan disalurkan kepada pihak YDAB,” ujar Aizuddin yang turut menjelaskan, kehadiran Rossa dan Pasha adalah kerana agenda Tahun Melawat Malaysia 2014.

“Konsert ini terbuka kepada khalayak dan diharapkan mereka dapat berhibur sambil beramal. Konsep elegan dan harmoni akan ditampilkan pada malam tersebut dan akan membawa kelainan kepada Konsert Destini ini,” ujarnya yang akan turut menampilkan Edrie Hashim selaku Pengarah Muzik.

Tiket-tiket dijual pada harga RM30, RM80, RM200, RM300, RM500 dan RM1,000 menerusi Unit Pemasaran Konsert Destini dan Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) UiTM di talian 03 7962 2186 dan 03 3342 5080.


                     Orang ramai yang ingin membuat TEMPAHAN boleh menghubungi: 
019-6704734 / 013-3959839 / 03-79622186



MB KELANTAN JUMPA DS NAJIB

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Perdana Putra di Putrajaya.

Ahmad yang ditemui sejurus selepas perjumpaan selama kira-kira 45 minit itu berkata, ia merupakan kunjungan hormat beliau selaku Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik.

Beliau berkata, antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berkaitan dengan pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri. "Contohnya berkaitan dengan infrastruktur dan juga hal lain untuk kebajikan rakyat," katanya dan menambah, isu berkaitan politik tidak dibincangkan dalam pertemuan itu.          

Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada kira-kira jam 9 pagi bersama beberapa anggota exco kerajaan negeri Kelantan, dan beliau diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika memasuki pejabat perdana menteri.

Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei lalu, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandang jawatan menteri besar selama 23 tahun.

BAHANA DARI HUSAM

YB Haji Hanifa Ahmad
Bahana dari HUSAM, Husam jung ecer tahi sebelum PRU , orang lain jung kena basuh, terbaru LEBUHRAYA RAKYAT akan dibuka tender sedikit masa dengan anggaran RM550 juta untuk 30km, dari Machang ke Kuala Krai. 

Bayaran yang ditawarkan bagi kontraktor yang berjaya membida adalah secara tertangguh setahun selepas lebuhraya itu siap. 

YB Hanifa berkata, andai ada kontraktor yang berminat maka dia kena ada wang yang terlalu banyak iaitu menyamai bajet tahunan untuk jaga sebutir negeri dan duit tu MAPUHH selama 4 tahun kat situ sebelum dapat 'collect' balik dari Kerajaan Negeri , tu pun andai semua 'smooth' lancar lawas serupa telan pisang. Tapi gak nampak ko peseng, dengan bajet tahunan kerajaan negeri 2014 sebanyak RM550juta jugak tu pun selepas dicampur RM200juta hasil royalti petroleum yang masih diperingkat perbicaraan yang entah lagumana ajaib dia masukkan jugak, mencipta defisit tahunan sebanyak RM10.4 Juta. 

Kok celoh mana nak bayar RM550juta???

*Buat YB Haji Hanifa Ahmad* 

Tuan haji xdok bakat weh nak pelawok serupo gu tuan haji... 

Maaf lah logik akal x leh nk terima.