100 SOALAN RAKYAT UNTUK DUN KELANTAN

Pertubuhan Barisan Darul Naim (BADAR) hari ini menyerahkan 100 soalan kepada wakil Barisan Nasional (BN) YB Dato' Nozula Mat Diah

MOHON DAN KEMASKINI BR1M 3.0'

Permohonan BR1M 2014 dibuka sehingga 31 Januari 2014. Penerima BR1M sedia ada dikehendaki untuk mengemaskini permohonan anda.

PAS KELANTAN MENGGADAI TANAH RAKYAT BACHOK

Timb Menteri Besar Kelantan, Nik Amar telah berjaya menggadai 2 bidang tanah milik SEDC di Perupuk Bachok dengan kepada syarikat swasta untuk dibuat perumahan mewah berpagar dan kondominium dan hotel 4 bintang.

USTAS KAZIM DIPANGGIL 'ANJING' DAN 'BARUA'???

Beliau kesal apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.

AL-KISAH MENGENAI AIR KELANTAN SDN BHD

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bermula sebagai KELANTAN WATER SDN BHD (KWSB). AKSB/KWSB telah dijadikan sebagai sebuah syarikat swasta pada 25 Februari 1995. Sila klik pada gambar untuk berita selanjutnya...

Sunday, 30 March 2014

OBJEK YANG DITEMUI BUKAN MILIK PESAWAT #MH370 #Pray4MH370 #LautanHindi


SYDNEY 30 Mac - Beberapa objek yang ditemukan di Lautan Hindi disahkan bukan daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, objek terbabit yang dipungut oleh kapal China dan Australia dikenal pasti sebagai peralatan untuk menangkap ikan atau sampah.

Bagaimanapun, AMSA tidak menyatakan jumlah atau lokasi tepat objek berkenaan ditemukan.

Sementara itu menurut AMSA, operasi mencari pesawat MH370 yang memasuki hari ke-23 hari ini memberi fokus di kawasan seluas kira-kira 319,000 kilometer (km) persegi berpandukan hasil analisis lebih terperinci para penyiasat nahas kapal terbang.

Katanya, mengikut perancangan, 10 buah pesawat terlibat dalam gerakan mencari di kawasan kira-kira 1,850 kilometer di barat Perth.

Lembaga itu juga berkata, semua kapal di kawasan mencari ditugaskan mengesan dan mengenal pasti objek yang dilihat pesawat sejak dua hari lalu.

"Cuaca di kawasan mencari diramal menjadi lebih buruk hari ini dengan hujan renyai dan awan rendah tetapi operasi mencari dijangka diteruskan," katanya.

Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 239 penumpang hilang kira-kira sejam selepas memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac lalu mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di satu kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Menurut AMSA, pesawat yang mengambil bahagian hari ini adalah dari Australia, Jepun, China, Korea Selatan, Amerika dan Malaysia serta sebuah jet awam yang bertindak sebagai penyelaras komunikasi.

Kapal Australia HMAS Success, kapal Pentadbiran Keselamatan Maritim China Haixun 01, kapal Biro Penyelamat China Nan Hai Jiu dan kapal tentera laut China Jinggang Shan tiba di kawasan mencari semalam.

"Enam lagi kapal akan tiba di kawasan itu hari ini," kata kenyataan itu.

Katanya, kapal frigat kelas ANZAC HMAS Toowoomba meninggalkan Perth petang semalam dan dijangka tiba di kawasan mencari dalam masa tiga hari.

"Kapal ADV Ocean Shield pula dijadual berlayar dari Perth lewat hari ini setelah dipasang alat pengesan kotak hitam dan kenderaan bawah air," kata AMSA. - DPA, BERNAMA

Wednesday, 19 March 2014

BR1M AKAN NAIK KEPADA RM1000 PADA TAHUN HADAPAN #2015 #BR1M2015 #BR1M #BantuanRakyatSatuMalaysia


KUALA LUMPUR: Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bakal menerima tambahan RM300 seorang tahun depan sebagai menampung kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang dijangka sebanyak 1.8 peratus akibat pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata jumlah bantuan itu akan membabitkan tambahan peruntukan sebanyak RM2.5 bilion, di mana ia diserap daripada hasil kutipan GST tahun depan.

"Pada tahun pertama (2015) pelaksanaan GST, jumlah kutipan GST selama sembilan bulan ialah RM23.18 bilion namun jumlah ini perlu ditolak dengan RM14.4 bilion kerana pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

"Dengan baki kutipan ini, maka kita belanjakan melalui beberapa mekanisme termasuk penambahan kepada jumlah BR1M tahun depan sebagai langkah membantu rakyat menghadapi kenaikan IHP.

"Jika kerajaan umum nilai BR1M tahun depan RM700, maka tambah RM300 akan dapat RM1,000, jika RM800, maka nilainya RM1,100, jika lebih maka lebihlah lagi rakyat dapat (BR1M)," katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, sebentar tadi.

Thursday, 13 March 2014

PEMIMPIN PKR ADAKAN PERTEMUAN SULIT DI SABAH UNTUK JATUHKAN KHALID?


KUALA LUMPUR 13 Mac - Satu pertemuan sulit antara beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ahli mereka didakwa diadakan di Sandakan, Sabah beberapa hari lalu bagi menjatuhkan reputasi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pertemuan tersebut didakwa bertujuan menarik sokongan ahli-ahli PKR Sabah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu diyakini akan mengambil alih jawatan Abdul Khalid selepas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Menurut sumber, pertemuan tertutup yang diadakan di sebuah hotel sehari sebelum Anwar dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan kerana kes liwat itu juga adalah untuk memastikan ahli PKR memberi sokongan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ketika berceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Kampung Sri Jambu, Kajang di sini malam ini berkata, pertemuan tersebut dijadikan medan untuk pemimpin PKR yang hadir menghentam Abdul Khalid secara habis-habisan.

"Mereka memburuk-burukkan (Abdul) Khalid walaupun dia masih lagi Menteri Besar mereka yang sah.

"Pada saya, apa yang berlaku ini adalah satu masalah besar dalam PKR dan pimpinan pakatan rakyat, mereka sanggup datang ke Sandakan untuk melakukan perkara ini," katanya.

Sementara itu, Musa yang ditemui selepas ceramah itu enggan mengulas lebih lanjut, namun mengesahkan berlaku pertemuan tersebut.

Sumber : Utusan Malaysia

Wednesday, 5 March 2014

BADAR SERAH DOKUMEN KUNING KEPADA MB KELANTAN #BarisanDarulNaim #DokumenKuning #KerajaanPasKelantan #LebuhrayaRakyat


KOTA BHARU 5 MAC - Pertubuhan Barisan Darul Naim (BADAR) yang diketuai oleh Encik Kamarudin Kassim telah membuat penyerahan "Dokumen Kuning" kepada Menteri Besar Kelantan yang merupakan catatan mengenai Lebuhraya Rakyat sebagai satu makluman, peringatan dan manifestasi rakyat berkenaan Lebuhraya Rakyat yang dijanjikan oleh Kerajaan Pas Kelantan sebelum PRU13. 

Dokumen tersebut telah diserahkan kepada Setiausaha Politik MB Kelantan, Encik Wan Nik untuk diserahkan kepada YAB MB Kelantan, Dato' Haji Ahmad Yaakob. Penyerahan telah dibuat di hadapan Dewan Persidangan Negeri Kelantan, Kota Darulnaim.

Penyerahan "Dokumen Kuning" telah dibuat dengan cara baik tanpa sebarang provokasi dan apa jua bentuk himpunan. Dakwaan daripada pihak kerajaan Kelantan bahawa BADAR akan membuat kecoh pada hari penyerahan adalah satu tuduhan yang tidak masuk akal dan sama sekali tidak benar.

Isi kandungan "Dokumen Kuning" adalah untuk memaklumkan kepada Kerajaan Pas Kelantan bahawa rakyat Kelantan sentiasa mengikuti perkembangan pembinaan Lebuhraya Rakyat yang telah dijanjikan oleh Pas Kelantan sebelum Pilihanraya Umum ke13 lepas.

"Rakyat Kelantan mendesak Kerajaan Negeri Kelantan supaya menceritakan perkara yang sebenar mengenai Lebuhraya Rakyat kepada rakyat Kelantan dan tidak lagi menipu dan mengelirukan rakyat, supaya rakyat Kelantan tidak lagi memandang serong terhadap kredibiliti Kerajaan Pas Kelantan."-Kamarudin Kassim, Pengerusi BADAR.











Sunday, 2 March 2014

KELANTAN KETIGA TERTINGGI JUMLAH PEROKOK #Kelantan #SerambiMekah #2014


Sebanyak 27 peratus rakyat Kelantan dikenal pasti merokok, angka yang lebih tinggi berbanding 24 peratus di peringkat nasional.

Justeru, ia perlu diberi perhatian oleh semua pihak kerana jumlah itu adalah ketiga tertinggi dalam negara.

Sinar Harian: Rakyat Kelantan Di Kedudukan Ke 3 Tertinggi Hisap Rokok Di Malaysia

Mengulas mengenai perkara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, mereka yang merokok perlu menghormati orang ramai yang tidak merokok kerana kesan terhadap tabiat itu diperoleh kedua-dua pihak.

Bagi tujuan itu, pihaknya mengadakan pelbagai kempen termasuk menubuhkan penguatkuasaan pendidikan bagi memastikan perokok tidak merokok di kawasan larangan yang boleh menjejaskan orang ramai.

“Kita akui dari segi penguatkuasaan ia sukar, tahun lepas 770 saman dikeluarkan dan ia kecil berbanding perokok, oleh itu di Wisma Persekutuan mengambil pendekatan lain seperti kaedah penguatkuasaan pendidikan.

“Kakitangan daripada bukan jabatan kesihatan akan dilantik ini dan dibekalkan dengan buku notis amaran yang bertujuan untuk menegur serta menasihatkan agar jangan merokok di kawasan larangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Wisma Persekutuan Bebas Asap Rokok di sini, hari ini dan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Terdahulu dalam ucapannya, Mustapa turut menegur segelintir penjawat awam yang merokok termasuk jabatan kerajaan di Putrajaya yang sepatutnya tidak berlaku.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Razin berkata, dalam tempoh Januari hingga 1 Mac, dua mangsa denggi di Kota Bharu meninggal dunia, manakala dua lagi mangsa sedang disiasat.

Katanya, sepanjang tempoh itu, sebanyak 764 kes dilaporkan di seluruh Kelantan dan 637 daripadanya berlaku di Kota Bharu, peningkatan 237 peratus berbanding tahun lalu.

“Oleh itu, kita mahu semua pihak terutama penduduk Kota Bharu sentiasa menjaga kebersihan, dengan cara ini wabak denggi dapat dihapuskan,” katanya.

#SH