Monday, 24 February 2014

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH #PBS TETAP DITERUSKAN


Pentaksiran Berasaskan Sekolah, PBS yang ditangguhkan sehingga 1 April depan tetap diteruskan dengan cara pelaksanaan baharu yang lebih lengkap.

Menurut Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, ia atas pandangan serta kajian semula yang dijalankan pelbagai pihak dalam menambah baik sistem terbabit agar tidak membebankan guru.

Justeru itu, beliau meminta semua guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, tidak bimbang ekoran pelaksanaan, PBS yang dijangka lebih baik walaupun terdapat isu pelaksanaan antaranya aksesibiliti dalam sistem terbabit sebelum ini.

PBS, transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik.

Datuk Seri Idris ditemui ketika menghadiri pameran kejayaan Universiti Penyelidikan di Universiti Malaya melibatkan lima universiti penyelidikan tempatan. -TV3

0 comments: