Thursday, 14 August 2014

30 orang Adun Selangor Menyokong Wan Azizah ?


SUBANG JAYA :  30 orang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Selangor menyatakan sokongan kepada Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.

Sokongan tersebut sekaligus menandakan Adun Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang kepercayaan majoriti Adun di Selangor untuk terus kekal sebagai Menteri Besar.

Dua Adun PAS yang menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah ialah Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin.

Baki 28 Adun yang menyatakan sokongan terhadap Dr Wan Azizah ialah ialah masing-masing 15 daripada DAP dan 13 yang mewakili PKR.

Dr Wan Azizah berkata, pendirian yang dinyatakan kesemua Adun berkenaan dibuat secara bertulis menerusi surat akuan bersumpah.

"Oleh itu saya mengutus surat kepada Tuanku Sultan Selangor untuk memohon mengadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenan tuanku," katanya pada sidang media di sini, Khamis

Dalam pada itu, Abdul Khalid dalam sebuah kenyataan di Facebook berkata, beliau maklum tentang pengumuman Wan Azizah yang mendakwa Adun Kajang itu telah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor.

Tambah Abdul Khalid, sehingga proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor belum lagi diadakan, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berjalan seperti biasa.



0 comments: