Thursday, 4 September 2014

Lebuhraya Rakyat : PMBK Gagal Ketepikan Saman Dae Hanguru

KUALA LUMPUR - 2 Sept 2014, Mahkamah Rayuan membuat keputusan untuk menggugurkan rayuan PMBK(Perbadanan Menteri Besar Kelantan) untuk mengenepikan saman terhadap mereka oleh syarikat Dae Hanguru Infra Sdn. Bhd. kerana mengingkari surat hasrat untuk projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai.

Pada 26 Januari 2014, Dae Hanguru Infra memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Dae Hanguru Infra Sdn. Bhd. (Dae Hanguru Infra) selaku plaintif menamakan Baldah Toyyibah sebagai defendan pertama dan PMBK defendan kedua.
Syarikat pembinaan tersebut menuntut pihak defendan membayar kerugian perbelanjaan projek yang telah ditanggung berjumlah RM5,488,497.

Plaintif antara lain turut menuntut defendan membayar kerugian keuntungan dijangka lebih RM225,667,350.

Menurut,ZAIDON BIN OMAR BAKI, Pengarah Urusan Dae Hanguru Infra, pada 6 Mac 2014, PMBK telah failkan notis permohonan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk mengeluarkan mereka dari tuntutan saman Dae Hanguru Infra. Permohonan tersebut didengar pada 28 April 2014 dan digugurkan oleh Mahkamah Tinggi pada 14 Mei 2014.

PMBK kemudiannya failkan Notis Rayuan kepada Mahkamah Tinggi pada 22 Mei 2014. Rayuan tersebut didengari oleh Mahkamah Rayuan pada 2 September 2014 dan ianya ditolak.

Sehubungan dengan itu saman Dae Hanguru Infra terhadap Baldah Toyyibah dan PMBK itu bakal dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 21 hingga 24 September 2014.

Untuk rekod Projek Lebuhraya Rakyat telah beberapa kali menamakan kontraktor yang berlainan kini sudah memulakan kerja sekali lagi dengan melantik Kelkon bersama sama sebuah syarikat lain iaitu AFC Plus Sdn. Bhd sebagai kontraktor yang baru.

Sejak dilancarkan Mei 2012, beberapa nama syarikat lain dikaitkan dengan projek tersebut iaitu Menta Construction, ECOBOUND dan Afiqah Wira Sdn Bhd. dan ia sudah beberapa kali tertangguh.

Projek ini sekali lagi dilancarkan melalui sebuah Majlis Masuk Tapak oleh Datuk Ahmad Yaakub, Menteri Besar Kelantan pada 27 Ogos 2014 lalu.

-MZM

0 comments: