100 SOALAN RAKYAT UNTUK DUN KELANTAN

Pertubuhan Barisan Darul Naim (BADAR) hari ini menyerahkan 100 soalan kepada wakil Barisan Nasional (BN) YB Dato' Nozula Mat Diah

MOHON DAN KEMASKINI BR1M 3.0'

Permohonan BR1M 2014 dibuka sehingga 31 Januari 2014. Penerima BR1M sedia ada dikehendaki untuk mengemaskini permohonan anda.

PAS KELANTAN MENGGADAI TANAH RAKYAT BACHOK

Timb Menteri Besar Kelantan, Nik Amar telah berjaya menggadai 2 bidang tanah milik SEDC di Perupuk Bachok dengan kepada syarikat swasta untuk dibuat perumahan mewah berpagar dan kondominium dan hotel 4 bintang.

USTAS KAZIM DIPANGGIL 'ANJING' DAN 'BARUA'???

Beliau kesal apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.

AL-KISAH MENGENAI AIR KELANTAN SDN BHD

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bermula sebagai KELANTAN WATER SDN BHD (KWSB). AKSB/KWSB telah dijadikan sebagai sebuah syarikat swasta pada 25 Februari 1995. Sila klik pada gambar untuk berita selanjutnya...

Friday 31 January 2014

#MitiWilayahKelantan : Majlis Sambutan Mauludurrasul MITI BERSELAWAT

Ucapan Pengarah MITI Wilayah Kelantan.



KOTA BHARU 31 DIS - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Wilayah Kelantan telah mengadakan Majlis Sambutan Mauludurrasul MITI BERSELAWAT. Majlis yang bermula pada jam 8:00 malam bertempat di Dewan Cik Siti Wan Kembang, Wisma PERKESO itu tadi telah dihadiri oleh seramai 130 orang, yang terdiri daripada rakan media, usahawan-usahawan bimbingan MITI dan juga pelajar Tahfiz Darul Quran, Kota Bharu.
Tazkirah Maulidurrasul telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Tuan Anuwa Tuan Mat, Pegawai Pembangunan Agama Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan. Selepas itu, majlis diteruskan dengan bacaan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang diketuai oleh pelajar Tahfiz Darul Quran dan majlis diakhiri dengan sedikit jamuan makan.
Pengarah MITI Wilayah Kelantan, En. Azran Deraman mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang hadir menjayakan majlis yang penuh keberkatan itu tadi. Beliau juga mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana Majlis Sambutan Mauludurrasul MITI BERSELAWAT telah berlangsung dengan jayanya. Beliau telah membuat kenyataan ini dilaman facebook beliau sendiri, Narza Rahman
 
 







 

#MaulidurRasul2014 #KelantanBerselawat : PERARAKAN PERPADUAN KELANTAN BERSELAWAT

Jom pakat-pakat turun berselawat pagi esok di Padang Perdana, Kota Bharu.
Eratkan hubungan silaturrahim sesama kita ummat ISLAM di Kelantan.
In Shaa ALLAH. :)

#KelantanBerselawat
#MaulidurRasul2014


 PENGERTIAN MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh ALLAH SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh
ALLAH SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan
Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan
ALLAH SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, ALLAH SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada ALLAH SWT, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada ALLAH SWT dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang ALLAH SWT.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.




http://cheifatiq.blogspot.com/2014/01/perarakan-perpaduan-kelantan-berselawat.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul 

Tuesday 28 January 2014

PERARAKAN PERPADUAN KELANTAN BERSELAWAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014


Perarakan Perpaduan Kelantan Berselawat akan diadakan pada 1 FEBRUARI 2014 iaitu pada hari Sabtu. Majlis perarakan perpaduan ini dibuat sempena sambutan Maulidur Rasul 2014. Majlis akan bermula pada jam 8:00 pagi, bertempat di Padang Perdana, Kota Bharu, Kelantan. 

Ummat ISLAM di seluruh negeri Kelantan dijemput hadir bagi menjayakan majlis memperingati hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Tinggalkan 'fahaman politik' dirumah, marilah kita sama-sama hadir ke Padang Perdana, Kota Bharu pada hari Sabtu ini untuk sama-sama kita berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

Kita buktikan pada semua orang bahawa rakyat Kelantan walaupun berbeza fahaman politik, tetapi tetap boleh bersatu dalam satu agenda perpaduan ummat ISLAM. In Shaa ALLAH.

Sunday 26 January 2014

KALIMAH ALLAH : PENGANUT KRISTIAN SEMAKIN BIADAB


PENGANUT KRISTIAN SEMAKIN BIADAB!!!


Banner-banner tersebut diletak di hadapan gereja St Britto di Jalan Burma dan 'bus stop' Kg Rawa, Pulau Pinang. Perbuatan yang memang mencabar perlembagaan Malaysia. Puak-puak ni memang suka menyentuh sensitiviti umat Islam. Bertindaklah sebelum terlambat. Kalau anak-anak kecil tanya, apa kita nak jawab?





KERAJAAN KELANTAN BERDEPAN DENGAN SAMAN RM230JUTA


2:00 petang, satu saman RM230juta telah di failkan terhadap Baldah Toyyibah dan PMBK kerana tidak menyempurnakan Kontrak Lebuhraya Rakyat(LERAK) oleh bekas kontraktornya Dae Hanguru Infra, setelah mereka menghabiskan wang sebanyak RM5.448 juta untuk kerja kerja awalan Lebuhraya tersebut.... Wang Rakyat Kelantan dipertaruhkan lagi..... Mana pejuang hak rakyat kelantan?duit rakyat bakal lebur kerana permainan politik...







Sumber : Mat Jek


DAE HANGURU INFRA FAILKAN SAMAN TERHADAP BALDAH TOYYIBAH DAN PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN


KOTA BHARU, 26 JAN - Dae Hanguru Infra telah menfailkan satu saman RM230juta terhadap Baldah Toyyibah dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kerana tidak menyempurnakan Kontrak Lebuhraya Rakyat(LERAK), setelah mereka menghabiskan wang sebanyak RM5.448 juta untuk kerja-kerja awalan Lebuhraya tersebut. 







Duit rakyat Kelantan bakal lebur kerana permainan politik. 

 Wang Rakyat Kelantan dipertaruhkan lagi. 

Mana pejuang hak rakyat kelantan?

Friday 24 January 2014

BADAR DAN PERKASA KELANTAN BUAT LAPORAN POLIS BERKENAAN SEORANG PEGUAM CINA MENDERHAKA TERHADAP TITAH YDP AGONG


KOTA BHARU 24 JAN. - Pertubuhan Barisan Darul Naim Negeri Kelantan (BADAR) dan PERKASA Negeri Kelantan telah hadir ke Balai Polis Kota Bharu untuk membuat laporan polis berkenaan seorang peguam cina (Edmund Bon) yang mana telah menderhaka terhadap titah Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dengan membuat kenyataan bahawa "Bukan Islam Tidak Perlu Patuh Kepada Titah Diraja Atau Fatwa". Kenyataan tersebut telah ditulis dalam Portal Berita 'The Malaysian Insider' pada 20 Januari lepas.


Edmund Bon telah membuat kenyataan tersebut sehari selepas Yang Di-Pertuan Agong bertitah bahawa "Penggunaan Kalimah ALLAH Adalah Hak Eksklusif Umat Islam". Baginda juga bertitah ketetapan yang dipersetujui itu perlu dihormati semua pihak, terutama berhubung larangan penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut agama lain.

Ketetapan itu sudah jelas oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986, bahawa beberapa istilah dan kalimah yang menjadi hak eksklusif umat Islam perlu dihormati dan dilarang penggunaannya oleh penganut agama lain. Dalam konteks masyarakat majmuk, sensitiviti agama, khususnya Islam sebagai agama yang mendasari Persekutuan perlu dihormati. Kekeliruan dan kontroversi boleh dielakkan jika peruntukan undang-undang dan keputusan penghakiman dipatuhi. 







Jangan sesekali mencabar dan memperlekeh kedudukan yang melibatkan kepentingan agama Islam, bangsa Melayu serta kemuliaan Raja-raja Melayu.




Wednesday 22 January 2014

TIAN CHUA DIPENJARA SEBULAN DAN DENDA RM1,000


KUALA LUMPUR, 23 Jan - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua telah dijatuhkan hukuman penjara selama satu bulan dan denda sebanyak RM1,000 sebentar tadi oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur kerana melanggar arahan di bawah Perintah Kawasan Larangan, dua tahun lalu.

Hakim Mahmud Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam bela, Eric Paulsen untuk menangguhkan hukuman penjara. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, didakwa tidak mematuhi arahan Deputi Superintendan A Rajakopal, untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-kawasan Larangan 1975.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL), Jalan Semarak, jam 2.39 pagi, pada 29 April 2012 dan didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan 1959 (Akta 298), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

PASTIKAN CINA INI MELINGKUP DALAM PENJARA!!!

Tuesday 21 January 2014

SEBAB ANWAR DIHALANG MEMASUKI JEPUN


Seperti semua sedia maklum, sebelum ini rakyat Malaysia perlu memohon Visa untuk memasuki Jepun. Namun, pada tahun 2013 Kerajaan Jepun telah menguatkuasakan peraturan rakyat Malaysia yang memegang pasport biometrik dilengkapi mikrocip TIDAK PERLU MENDAPATKAN VISA untuk berkunjung ke Jepun.

Kesilapan Anwar Ibrahim ialah, apabila dia beranggapan kelonggaran syarat tersebut terpakai bagi dirinya juga. Apa yang Anwar Ibrahim terlupa, mereka yang pernah memasuki PENJARA tetap perlu memohon VISA untuk memasuki negara Jepun. Hal ini kerana kelonggaran syarat tersebut hanya terpakai bagi mereka yang bebas dari rekod jenayah atau rekod tahanan penjara.

Apa yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim juga telah termaktub dengan jelas melalui undang-undang Jepun, apabila pihak dia gagal mengemukakan dokumen sewajarnya (VISA bagi mereka yang pernah memasuki penjara), dia akan dihantar pulang serta-merta ke negara asal. 


HALANGAN TERHADAP ANWAR IBRAHIM SUPAYA TIDAK MEMASUKI JEPUN.






-PANGLIMA PERANG SIBER-




SEBAB ANWAR IBRAHIM TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI JEPUN


Note RM1000
Note RM500
Semua masih ingat Tun Mahathir haramkan duit Malaysia note RM500 dan RM1000? Yang lama pasti tahu tapi yang muda ni tak tahu. Tak tahu tu elok lah search cari note RM500 dan note RM1000 tu yang di haramkan oleh Tun M sewaktu Anwar Ibrahim di pecat dari Timbalan Perdana Menteri.

Mengikut sumber, note RM500 dan RM1000 itu disimpan di China dan Jepun oleh Anwar Ibrahim. Jumlahnya adalah sebanyak Thrilion Ringgit Malaysia. Duit siapa lagi kalau bukan duit Anwar Ibrahim dan sekutunya? Jadi sebab utama Anwar Ibrahim mahu ke Jepun mungkin sebab nak berjumpa dengan proksinya yang menyimpan duit tersebut dalam negara tersebut. 

DS Najib Razak tahu pekara ini dan sebelum ini telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Jepun bahawa apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim adalah salah dan merupakan satu rompakan ke atas wang Rakyat Malaysia sewktu beliau berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan Malaysia melalui DS Najib Razak dan kerajaan Jepun bekerjasama dalam pekara ini bagi menidakkan wang RM500 dan RM1000 tidak dibawa pulang oleh Anwar Ibrahim ke Malaysia ataupun disimpan di negara lain.

Kerajaan Jepun memandang serius pekara ini dan atas sebab tersebut kerajaan Jepun melihat Anwaar Ibrahim sebagai satu ancaman Korupsi mata wang dunia dan tidak mahu pengaruh Anwar Ibrahim yang teruk ini merosakkan matawang Yen Jepun.

Mungkin ada yang tak percaya tapi ketahuilah hakikatnya bahawa Anwar Ibrahim adalah Perompak wang Rakyat paling besar dalam sejarah negara. Bayangkan jika Pakatan menang PRU dan mentadbir negara yang mana Anwar Ibrahim Perdana Menteri. Sudah pasti keturunan Anwar Ibrahim akan kaya tak pernah miskin dek kerana note RM500 dan RM1000 yang dirompak Anwar Ibrahim sewaktu beliau menjadi TPM.

Kepada yang nak menyokong Anwar Ibrahim membabi buta diluar sana tu. Sebelum nak salahkan UMNO tu elok lah buat research terlebih dahulu mengenai isu ini. Jangan jadi pentaksub sampaikan mengiyakan apa sahaja cakap Anwar Ibrahim.

Monday 13 January 2014

SATU LAGI PUSAT GIATMARA DI SELANGOR DIARAH TUTUP

GIATMARA Selayang.
Pusat Giat Mara Selayang telah diarah tutup dengan kadar segera oleh EXCO Kerajaan Negeri Selangor atas alasan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran. Ini merupakan Pusat Giat Mara kedua di negeri Selangor diarah tutup selepas Pusat Giat Mara di Sabak Bernam yang menerima arahan yang sama pada pertengahan tahun 2012.

Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 33/2013 yang bertarikh 6 November 2013 telah memutuskan supaya berpindah dalam masa 12 bulan tanpa ganti rugi dan pampasan yang bermula pada 9 Disember 2013 sehingga 10 Disember 2014.

Exco Ean Yong Hian Wah dan wakil dari The KL and Chinese Assembly Hall bersama kontraktor yang dijangka akan mengambil alih tanah tersebut. Nampaknya semua Pusat Giat Mara yg berstatus tanah milik kerajaan negeri Selangor bakal menerima nasib yang sama. Dalam satu masa yang sama, Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah cuba menggagalkan usaha pembangunan bumiputera di negeri Selangor kerana didakwa memberi tekanan kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam menjalankan tanggungjawab.

Inilah satu-satunya cara Cina nak menghancurkan bangsa MELAYU. Bila MELAYU semakin kurang ilmu dan kemahiran, lagi senang kerja mereka.

#BiarKabaRetekBoh







Sunday 12 January 2014

AL-KISAH MENGENAI AIR KELANTAN SDN BHD

Laman Web Air Kelantan SDN BHD.
Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bermula sebagai KELANTAN WATER SDN BHD (KWSB). Pada 25 Februari 1995, AKSB telah dijadikan sebagai sebuah syarikat penswastaan utiliti dengan modal berbayar sebanyak RM 40 juta. AKSB dimiliki oleh THAMES WATER PLC sebanyak 70%, dan Yayasan Kelantan (YAKIN) sebanyak 30%.

Nilai saham yang dimiliki oleh THAMES ketika itu adalah sebanyak RM28 juta, disamping kontrak penswastaan bekalan air KELANTAN selama 25 tahun. Setelah gagal sebanyak 4 kali rundingan untuk THAMES menentukan halatuju AKSB untuk memperolehi keuntungan, pada 29 APRIL 1999, Kerajaan pas Kelantan terpaksa membayar kembali kepada THAMES sebanyak RM50 juta untuk memiliki kembali saham itu. Turut dipikul bersama ketika itu adalah kerugian terkumpul sehingga RM54 juta. Begitulah mudahnya THAMES mendapat UNTUNG 'atas angin' hasil dari perjanjian yang dibuat dengan terburu-buru dan BODOH (dengan izin).

Dimasa kini mulut penyokongnya dalam mempertahankan kegagalan bekalan air di KELANTAN sentiasa menyalahkan kerajaan PUSAT yang tidak menyalurkan bantuan ketika itu. Pernahkah mereka terfikir bahawa, kerajaan manakah yang mahu memberikan pinjaman TANPA FAEDAH ketika itu sedangkan kerajaan tersebut sudah pun tahu keuntungan dari hasil kutipan bil air rakyat KELANTAN akan mengalir ke LUAR NEGARA melalui syarikat asing?

Pada 28 OKTOBER 2010 HUSAM telah berkata di dalam dewan undangan negeri bahawa bayaran RM50 juta itu kecil jika nak dibandingkan dengan kenaikan tarif air yang dikenakan pada rakyat KELANTAN ketika itu. Tetapi sehingga ke hari ini, kadar tarif air yang SUDAH NAIK sejak sekian lama TAKUT untuk dipaparkan dalam laman web AKSB.

Wednesday 8 January 2014

KERAJAAN NEGERI MELAKA TIDAK IKTIRAF 'SULTAN MELAKA'


Kerajaan Negeri Melaka hari ini menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah untuk diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka', kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Sambil meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu itu, beliau berkata tuntutan Raja Noor Jan Shah mencabar Perlembagaan Persekutuan yang antara lain menyatakan Melaka satu daripada negeri ditadbir dan diurus wakil Persekutuan selaku ketua negeri iaitu Yang Dipertua Negeri Melaka yang dilantik Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Melaka akan meneliti perkara itu dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan dakwaan mengelirukan terhadap status kesultanan negeri itu.

"Tuntutan sebegini dibuat semasa Melaka menjadi antara negeri termaju di Malaysia...ini tidak lain cubaan mengambil kesempatan terhadap kemakmuran dan keharmonian Melaka," katanya dalam sidang berita di Seri Negeri di sini, Rabu.

Baru-baru ini, Idris menerima surat daripada Raja Noor Jan Shah yang mahu perbincangan dilakukan bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai 'Sultan Melaka' kerana mendakaw beliau telah mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Idris turut kesal dengan tindakan Raja Noor Jan Shah yang cuba mengelirukan rakyat Melaka dan meminta semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya percaya dengan dakwaan tidak berasas melibatkan sejarah kesultanan di Melaka.

"Saya juga memohon pihak media supaya melaporkan isu sebegini dengan penuh hati-hati dan bertanggungjawab supaya rakyat tidak terkeliru dengan dakwaan seperti ini," katanya.

Menurutnya Melaka hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran yang diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

"Kita tidak mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan oleh pihak lain. Dalam isu Lembaga Adat Naning memberikan pingat baru-baru ini, kita mengiktiraf lembaga itu hanya sebagai sebuah kumpulan adat sahaja, kita tidak iktiraf mereka memberikan pingat-pingat sedemikian," katanya.

Selain Lembaga Adat Naning, kerajaan negeri turut menerima laporan adanya individu dikenali sebagai 'Bonda Ratu Kerajaan Melayu Melaka' memberikan pingat kebesaran di negeri ini.

"Mereka yang menerima pingat daripada pihak ini, kita akan pastikan tidak akan menerima pingat daripada Yang Dipertua Negeri Melaka... yang telah menerima (pingat daripada Yang Dipertua Negeri Melaka) kita akan lihat kemungkinan untuk tarik balik (pingat itu)," katanya.- BERNAMA

Wednesday 1 January 2014

SALURKAN BANTUAN ANDA KEPADA PUSAT TAHFIZ AL-AMIN

Bantulah mereka di Pusat Tahfiz Al-Amin.
In Shaa Allah kami akan membina bangunan Induk bagi Pusat Tahfiz Al-Amin (PTAA) yang bertempat di alamat, No.69 Lot 210, Sungai Seluang, 09600 Lunas, Kedah Darul Aman. 
 Pembinaan untuk fasa pertama akan dimulakan awal tahun ini (2014). Kos bagi fasa pertama ini memerlukan dana sebanyak RM500,000. Pihak Pengurusan PTAA masih lagi membuka peluang kepada sesiapa yang berhasrat untuk wakaf bagi projek pembinaan ini. Satu bahagian wakaf cuma RM25.

Bagi yang berminat, bolehlah menyalurkan wakaf anda ke akaun 'Pusat Tahfiz Al Amin' :

Bank Islam : 02057010031773
CIMB : 02070000093100
BSN : 02136-41-00004852-9
Maybank : 5571 6620 0836

Maklumkan wakaf tersebut melalui SMS kepada :

Pengerusi (Ust Ismail Bin Saad) 019-4586172,
Mudir (Md Daud Abdul Rahman) 013-4305756
Bendahari ( Sham Affin) 0124798937.
Atau kepada mana-mana AJK/Ustaz agar dapat diasingkan dari infaq biasa, zakat dan sebagainya.

Insyaallah, gambar akan diupdate di facebook Pusat Tahfiz Al-Amin dalam masa terdekat.

Email : pusattahfizalamin@gmail.com