100 SOALAN RAKYAT UNTUK DUN KELANTAN

Pertubuhan Barisan Darul Naim (BADAR) hari ini menyerahkan 100 soalan kepada wakil Barisan Nasional (BN) YB Dato' Nozula Mat Diah

MOHON DAN KEMASKINI BR1M 3.0'

Permohonan BR1M 2014 dibuka sehingga 31 Januari 2014. Penerima BR1M sedia ada dikehendaki untuk mengemaskini permohonan anda.

PAS KELANTAN MENGGADAI TANAH RAKYAT BACHOK

Timb Menteri Besar Kelantan, Nik Amar telah berjaya menggadai 2 bidang tanah milik SEDC di Perupuk Bachok dengan kepada syarikat swasta untuk dibuat perumahan mewah berpagar dan kondominium dan hotel 4 bintang.

USTAS KAZIM DIPANGGIL 'ANJING' DAN 'BARUA'???

Beliau kesal apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.

AL-KISAH MENGENAI AIR KELANTAN SDN BHD

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bermula sebagai KELANTAN WATER SDN BHD (KWSB). AKSB/KWSB telah dijadikan sebagai sebuah syarikat swasta pada 25 Februari 1995. Sila klik pada gambar untuk berita selanjutnya...

Monday 18 November 2013

#PAU2013 PERWAKILAN UMNO DIBERI LEBIH KEBEBASAN UNTUK BAHAS USUL


KUALA LUMPUR: Anggota perwakilan Umno diberi lebih kebebasan untuk membahas pelbagai usul termasuk ekonomi, pendidikan dan agama pada Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra dari 2 hingga 7 Disember ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata ini adalah bagi memastikan perwakilan dapat mengupas isu berkaitan usul dengan lebih meluas dan mendalam.
Katanya ia juga membuktikan Umno parti yang terbuka dan sering mengambil kira pandangan pelbagai pihak dalam usaha seriusnya untuk memperkasa parti dan negara.
“Pada kebiasaannya, kita memberikan mereka panduan untuk menentukan perbahasan tidak lari daripada landasan biasa, tapi kali ini kita nak bagi mereka lebih kebebasan untuk mengemukakan idea sama ada berkenaan dengan dasar parti atau pun dasar kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Kongres Kelapa Sawit Antarabangsa 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, Selasa.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata kebebasan berbahas juga boleh memberi gambaran kepada kepimpinan parti mengenai perasaan anggota berkaitan parti.
Namun, katanya apa yang lebih penting ialah usul yang dibahaskan adalah untuk kepentingan parti dan memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
“Mereka boleh menilai sejauh mana transformasi politik yang kita (Umno)sebutkan, sudah dapat kita laksanakan dan apakah hala tuju parti dan kerajaan kita untuk tempoh tahun mendatang,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata usul yang bakal dibahaskan pada perhimpunan agung parti disediakan oleh Naib Presiden Umno selaku Pengerusi Jawatankuasa Usul Perhimpunan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Menurutnya setakat ini usul yang sudah dimaklumkan ialah ucapan dasar, ekonomi, agama serta pendidikan.
Ditanya apakah yang akan dibangkitkan perwakilan pada perhimpunan lima hari itu, Muhyiddin berkata cadangan penambahbaikan sistem pemilihan baharu yang dilaksanakan Umno baru-baru ini mungkin antara perkara yang bakal dibangkitkan.
“Ini adalah perhimpunan pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13, sudah tentu akan ada penilaian, maklum balas dan post mortem mengenai apa yang mereka rasa tentang pilihan raya itu,” katanya.
BERNAMA