100 SOALAN RAKYAT UNTUK DUN KELANTAN

Pertubuhan Barisan Darul Naim (BADAR) hari ini menyerahkan 100 soalan kepada wakil Barisan Nasional (BN) YB Dato' Nozula Mat Diah

MOHON DAN KEMASKINI BR1M 3.0'

Permohonan BR1M 2014 dibuka sehingga 31 Januari 2014. Penerima BR1M sedia ada dikehendaki untuk mengemaskini permohonan anda.

PAS KELANTAN MENGGADAI TANAH RAKYAT BACHOK

Timb Menteri Besar Kelantan, Nik Amar telah berjaya menggadai 2 bidang tanah milik SEDC di Perupuk Bachok dengan kepada syarikat swasta untuk dibuat perumahan mewah berpagar dan kondominium dan hotel 4 bintang.

USTAS KAZIM DIPANGGIL 'ANJING' DAN 'BARUA'???

Beliau kesal apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.

AL-KISAH MENGENAI AIR KELANTAN SDN BHD

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bermula sebagai KELANTAN WATER SDN BHD (KWSB). AKSB/KWSB telah dijadikan sebagai sebuah syarikat swasta pada 25 Februari 1995. Sila klik pada gambar untuk berita selanjutnya...

Tuesday, 31 December 2013

KEJAYAAN PAS KELANTAN 2013 : MENGGADAI TANAH RAKYAT DI PANTAI IRAMA BACHOK


TAHNIAH KERAJAAN PAS NEGERI KELANTAN.

Maaflah rakyat Bachok kerana perumahan mampu milik tidak mendatangkan keuntungan kepada kerajaan negeri kita. Inilah kejayaan terbesar kerajaan Pas Kelantan pada tahun 2013. Lupakan sajalah mengenai perumahan mampu milik tu ye.

Sebagai penutup tirai 2013, dibawah kebijaksanaan TMB Nik Amar telah berjaya JV/Jual/Gadai/Pawah...(sewaktu denganya) 2 bidang tanah milik SEDC di Perupuk Bachok dengan sebuah syarikat swasta untuk dimajukan dengan perumahan mewah berpagar dan kondominium dan hotel 4 bintang. Hasil daripada itu SEDC menerima tunai sebanyak RM8.7 juta disamping 10% keuntungan jualan keseluruhan projek itu nanti. 

RAKYAT PERUPUK SUDAH BOLEH BERBANGGA KERANA BAKAL MELIHAT PERUMAHAN DAN HOTEL MEWAH INI DIKAWASAN MEREKA.... PERUMAHAN MAMPU MILIK PULA BIARLAH JADI ANGAN ANGAN TAK APA....

Satu lagi Kejayaan PAS menjual aset tanah negeri. Penduduk Flat Kg Sireh sudah boleh bersedia selepas ini untuk berpindah, kerana dikhabarkan ia sudahpun dijual secara teknik Takiyyah begini.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014 dengan KELANTAN YANG BERKEBAJIKAN.

Wednesday, 25 December 2013

KERANDA DIBALUT DENGAN BENDERA PAS

Gambar-gambar mayat Ketua Wanita DHPP Cawangan Kota Raja sedang diusung dan kerandanya dibalut dengan bendera Pas.



Kematian pun nak dipolitikkan juga ke?
Beginilah jadinya bila taksub yang melampau. 
Apa yang mereka percaya xtahu lah tentang ganjaran yang diperolehi bila keranda mayat dibaluti bendera Pas.

AYAT APA YANG PAS HEMBUS PADA MEREKA NI TERUS MENJADI TANDA TANYA.

Diharapkan perkara sebegini tidak terjadi pada penyokong Pas yang beragama ISLAM. Semoga kesucian agama ISLAM terus terpelihara. Sama-sama kita doakan. In Shaa ALLAH.

Amin ya rabbal alamin.



RESPON DARIPADA BLOG PENYOKONG TEGAR PAS :

Link : http://btmmari.blogspot.com/2013/12/keyakinan-rakyat-sebak-melihat-gambar.html

Katanya :
Sebak melihat gambar ini. Seorang Ketua Wanita DHPP Cawangan Kota Raja meninggal dunia. Keluarga meminta kerandanya ditutup dengan panji2 PAS hijau putih sebagai lambang perjuangan dan keyakinan mereka terhadap keadilan Islam. Doa saya moga Hidayah Allah itu milik mereka yg masih tinggal . In shaa Allah. Aamiin, Sayangnya mereka kepada parti yang memperjuangkan islam... Orang islam menentang pulak..pelik bin ajaib..Doakn terbuka hidayah utk mereka. N brtmbh ksedrn ahli jemaah..yg lena




PAKAT-PAKAT FIKIR LA BELAKO DEH!!!

Sunday, 22 December 2013

PERMOHONAN BR1M 3.0 TELAH DIBUKA (Mohon Dan Kemaskini Permohonan)


Menerusi Bajet 2014, kadar pemberian BR1M 3.0 telah dipertingkatkan dan diperluaskan. Bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah, kadar pemberian dipertingkatkan kepada RM650. Manakala isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000 turut menerima BR1M 3.0 2014 pada kadar RM450. Bagi individu bujang yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM2000 dan kebawah, layak menerima bantuan RM300. Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan online BR1M 2014. Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Kadar Pemberian BR1M 3.0 2014 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014



    Syarat Kelayakan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014

      • -Warganegara Malaysia.
      • -Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
      • -Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
      • -Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

      Borang pendaftaran BR1M 3.0 boleh didapati dilaman berikut:

      Muat Turun Borang Permohonan

      Saturday, 21 December 2013

      KEMELUT EKONOMI RAKYAT, SIAPA PERLU DIPERSALAHKAN?

      Dalam menghadapi kemelut ekonomi dan tekanan peningkatan kos sara hidup, kewujudan pihak untuk dipersalahkan merupakan langkah termudah bagi rakyat 'keluar' daripada terus dibelenggu permasalahan ini.

      Sikap alami manusia yang sering menyalahkan pihak lain, waima atas kesilapan diri sendiri merupakan refleksi kepada tindakan rakyat mutakhir ini, terutamanya ketika menghadapi tekanan disebabkan peningkatan kadar dan harga barangan di pasaran.

      Ironinya sebilangan besar rakyat tidak mencari jalan penyelesaian mengurangkan tekanan tersebut, sebaliknya mencari pula pihak untuk dipersalahkan.

      Dalam keadaan kelembapan ekonomi global ditambahkan lagi dengan kenaikan pelbagai kos, keputusan rakyat menjadikan kerajaan sebagai 'punching bag' bagi melepaskan tekanan mereka adalah tidak dapat dielak.

      Ditambah pula dengan sogokan pihak tertentu terutama peranan media pro-pembangkang menyebabkan kemelut ini hanya dianggap bertitik-tolak atas kelemahan urus tadbir kerajaan semata-mata, tanpa melibatkan pihak lain.

      Sebenarnya sebilangan rakyat menyedari bahawa kerajaan bukanlah kunci kepada kemelut ekonomi ini semata-mata.

      Sebaliknya faktor lain juga memainkan peranan sebagai pemangkin kepada kelesuan pertumbuhan ekonomi, selain menyumbang kepada peningkatan kadar dan harga barangan di pasaran.

      Mungkin sebilangan rakyat akan beranggapan bahawa kenyataan ini sebagai karut dan sengaja direka-reka bagi membentuk perspektif kerajaan tidak wajar dipersalahkan.

      Namun rakyat harus akur dengan hakikat kenaikan pelbagai kos turut berpunca daripada krisis ekonomi global. Tetapi pasti sebilangan rakyat akan tetap bertanya; siapakah yang harus kami persalahkan?

      PERANAN RAKYAT
      Menyalahkan mana-mana pihak pada ketika ini, tidak akan membantu menurunkan harga barangan di pasaran.

      Sebaliknya rakyat sendiri wajar bersedia untuk mengawal kuasa membeli dan berjimat bagi menghadapi tekanan kenaikan pelbagai kos, terutama melibatkan perbelanjaan bukan perlu.

      Sebagai kuasa membeli terbesar, rakyat perlu bijak dalam menguruskan belanjawan peribadi dan rumah tangga.

      Perbelanjaan luar perlu mesti dielakkan bagi mengurangkan tekanan kewangan terutamanya dalam keadaan ekonomi nasional kurang stabil.

      Selain itu, rakyat boleh mengurangkan beban kewangan dengan melakukan beberapa pendekatan mudah dalam memastikan pengurusan belanjawan peribadi dan rumah tangga berada dalam keadaan terkawal.

      Berkongsi kenderaan ke tempat kerja, menjimatkan penggunaan elektrik dan air di rumah, menggunakan kenderaan awam, menanam sayur-sayuran secara hidroponik dan berbelanja secara berhemah merupakan antara pendekatan bagi meminimumkan tekanan dihadapi rakyat akibat kenaikan pelbagai kos.

      Pendekatan-pendekatan sebegini bukanlah perkara baru untuk diperkenalkan. Sebaliknya pelbagai kempen seumpama ini pernah digerakkan oleh agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi panduan kepada rakyat ketika menghadapi kemelut ekonomi semasa terutama semasa Krisis Ekonomi Dunia 1997.

      Malah semasa Krisis Ekonomi tersebut, kerajaan di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamed, mempergiatkan lagi kempen berjimat-cermat dengan memberi fokus kepada kelompok sasaran sebagai pendekatan mengawal tekanan ekonomi semasa dan kadar inflasi nasional, ketika itu.

      PERANAN KERAJAAN
      Dalam masa sama, kerajaan juga perlu memainkan peranan bagi meminimalkan sebarang kenaikan kos dengan tidak mengenakan sebarang cukai terhadap barang keperluan asas, selain mempersiapkan pelan jangka panjang menghadapi krisis ekonomi global yang dijangka berlarutan sehingga 2018.

      Menghadapi kemelut ekonomi rakyat, kerajaan wajar menilai kembali belnjawan dibentang saban tahun.

      Perbelanjaan luar perlu mesti dihentikan serta-merta untuk mengurangkan defisit nasional dan membantu pertumbuhan ekonomi lebih mapan.

      Selain itu, kerajaan harus bersedia untuk mengurangkan perbelanjaan bersifat pengurusan dan meningkatkan perbelanjaan pembangunan bagi menyediakan prasarana mencukupi untuk keperluan pelabur dalam dan luar negara.

      Peningkatan jumlah pelaburan dalam negara secara tidak langsung akan membantu proses pertumbuhan ekonomi, selain meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

      Namun dalam masa sama, kerajaan wajar untuk bersedia dengan mekanisme mengurangkan kebergantungan kepada warganegara asing.

      Kebergantungan negara kepada khidmat buruh asing nyata mengikis peluang pekerjaan rakyat tempatan untuk bersaing dalam pelbagai sektor, selain menyumbangkan kepada pengaliran keluar ringgit secara tidak terkawal.

      Pengaliran keluar tunai secara berterusan bukan sahaja menyebabkan nilai ringgit menurun di pasaran global, malah turut menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi negara.

      Bersandarkan atas alasan kadar inflasi nasional meningkat, golongan kapitalis dan pelabur semestinya akan berlumba-lumba menaikkan harga barangan di pasaran.

      Lebih memburukkan keadaan lagi apabila majikan lebih mengemari khidmat pekerja asing berbanding warga tempatan disebabkan kos buruh yang rendah.

      Namun dalam masa sama, rakyat tempatan turut terkesan apabila gaji ditawarkan kepada mereka tidak setimpal dan sering kali bersamaan tangga gaji buruh asing.

      Hakikatnya buruh asing tidak begitu terkesan dengan kenaikan pelbagai kos disebabkan tidak mempunyai tanggungan di negara ini, sebaliknya rakyat tempatan pula mempunyai pelbagai keperluan dan tanggungan semasa.

      Seandainya kerajaan melihat realiti ini, isu kemelut ekonomi rakyat pasti tidak timbul memandangkan tekanan kos sara hidup dihadapi ketika ini berpunca daripada kenaikan pelbagai kos yang tidak disetimpalkan dengan tangga gaji rakyat.

      KESIMPULAN
      Kerajaan dan rakyat harus memperbetulkan beberapa pendekatan agar kemelut ekonomi rakyat tidak berterusan.

      Rakyat perlu berjimat-cermat berbelanja terutama ketika ekonomi global berada dalam keadaan kurang stabil.

      Manakala kerajaan pula memikirkan mekanisme untuk membela nasib rakyat yang ditindas golongan majikan.

      Wednesday, 18 December 2013

      LELAKI DITAHAN POLIS ANJUR MAJLIS PERINGATI PENGGANAS LTTE

      Mendiang V. Prabhakaran
      KUALA LUMPUR 18 Dis. - Seorang lelaki ditahan manakala enam lagi diminta menyerah diri kepada polis selepas sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai mereka menganjurkan majlis memperingati ulang tahun kelahiran pemimpin kumpulan pengganas Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) di Kulim, Kedah Sabtu lepas.

      Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki itu ditahan pada Isnin lepas di negeri itu dan kini disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948.

      Beliau berkata siasatan polis mendapati NGO itu menjemput orang ramai meraikan ulang tahun mendiang V. Prabhakaran, seorang pengganas dari Sri Lanka, dan perbuatan itu dilihat cuba mempengaruhi orang ramai supaya mempercayai kegiatan berunsurkan keganasan.

      "Apa kaitan pengganas itu dengan negara kita? Kenapa cuba ajak orang ramai agungkan seorang pengganas?

      "Kita lihat ini satu tindakan atau cubaan untuk mempengaruhi atau menghasut rakyat agar percaya kepada kegiatan keganasan di negara ini," katanya selepas menerima sumbangan cek bernilai RM30,000 masyarakat Republik Korea Selatan di negara ini untuk pendidikan anak-anak polis daripada duta negara itu di Malaysia, Cho Byungjae.

      Khalid berkata polis tidak membenarkan sebarang usaha yang mengagung-agungkan keganasan di Malaysia.

      "Saya nasihatkan NGO di negara ini supaya tidak menganjurkan sebarang majlis yang bertujuan menghasut atau mempengaruhi mana-mana kegiatan pemimpin pengganas," katanya.

      LTTE melancarkan perang terhadap kerajaan Sri Lanka selama hampir 26 tahun bagi menuntut negara berasingan untuk kaum Tamil di utara negara itu dan pada 2009, gerakan itu dipatahkan oleh tentera Sri Lanka, dan Prabhakaran terbunuh dalam pertempuran itu.



      Sumber :
      BERNAMA





      Saturday, 30 November 2013

      ISTERI TUNTUT CERAI KERANA SUAMI LUMPUH

      PASIR PUTEH - Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah ungkapan yang menggambarkan nasib malang menimpa seorang pemuda yang terlantar sakit sejak enam bulan lalu, sebelum isterinya menuntut cerai tanpa alasan munasabah.

      Abd Manas Mohamed Noor, 31, yang diserang penyakit jantung dan lumpuh kini bergantung harap kepada kedua orang tuanya yang dihimpit kemiskinan.

      Akibat penyakit itu, dia pernah koma selama hampir sebulan kini mengalami kekejangan otot, selain tidak sedarkan diri untuk tempoh tertentu.

      Lebih menyayat hati, apabila dalam keadaan begitu, isterinya yang berusia 40 tahun dikatakan tidak sanggup berkongsi derita lalu mengambil keputusan pulang ke negeri asal, Pulau Pinang bersama anak tunggal berusia lima tahun selepas menuntut cerai daripadanya.

      Abd Manas dari Kampung Tualang Rendah dekat sini, pernah bekerja sebagai pemandu lori di kedai alat pembinaan tetapi terpaksa berhenti kerana penyakit yang ditanggungnya.

      Dia dimasukkan ke Hospital Tengku Anis (HTA) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ), Kota Bharu pada 16 Mei lalu, dalam keadaan koma untuk mendapatkan rawatan lanjut.

      Selama 28 hari, tidak menampakkan tanda dia akan sembuh dan akhirnya pada 14 Jun lalu, Abd Manas `diminta’ pulang ke rumah oleh pihak hospital dalam keadaan tengkuknya masih berlubang dibaluti tiup plastik.

      Kini dia terlantar di rumah dengan hanya sekali sekala dikunjungi kakitangan perubatan untuk memberi rawatan susulan.

      Ibunya, Semah Awang Deraman, 55, berkata, dia bersama suami, Mohamed Noor Ibrahim, 62, dan anak-anak lain terpaksa menjaganya walaupun mereka dihimpit kemiskinan.

      Menurut Semah, tiada apa yang mampu dilakukan keluarganya sekarang bagi mengubati penyakit yang dialami Abd Manas, selain memberikan kasih sayang.

      “Makcik dah tak tahu nak buat macam mana, hanya kasih sayang yang dapat makcik berikan, dia sepatutnya dijaga isteri tapi apa nak buat, nasib malang terus menimpanya.

      “Kami pernah berikhtiar dengan mendapatkan khidmat pakar perubatan tradisional, selain tidak putus berdoa tapi ia juga belum menunjukkan tanda-tanda dia akan sembuh," katanya.

      Katanya, walaupun Abd Manas menerima bantuan orang kelainan upaya RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, ia hanya meringankan sedikit bebanan ditanggung.

      Semah berkata, selain perbelanjaan keluarga, mereka terpaksa menyediakan keperluan Abd Manas seperti bekalan susu, ubat-ubatan serta lampin pakai buang dan jika terdesak, mereka terpaksa meminjam duit jiran.


      Sumber : Sinar Harian

      USTAS KAZIM DIPANGGIL 'ANJING' DAN 'BARUA'???

      Pendakwah popular, Mohammad Kazim Elias sudah menjangkakan pelbagai reaksi yang bakal diterima sebaik sahaja pengumuman pelantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dibuat semalam. Mohammad Kazim atau dikenali sebagai Ustaz Mohammad Kazim Elias didalam Facebook adalah antara sembilan individu yang dilantik sebagai MT baru yang diumumkan oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, semalam.

      Beliau kesal apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.

      “Saya memang sudah jangka akan ada penerimaan dan reaksi negatif seperti ini, tetapi mereka terlalu cepat menghentam tanpa mendengar penjelasan, sepatutnya komen perlu lebih berhemah.

      “Alangkah baik jika semua pihak memandang kebaikan, sekiranya YAB Perdana Menteri minta tolong untuk martabatkan Islam, apa salahnya saya bantu, mana-mana pihak yang minta nasihat juga akan saya bantu.” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutupan Program Kem Tahsin yang dirasmikan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Pusat Pendidikan Al-Barakah.
       
      Ustaz Kazim yang juga Pengerusi Pusat Pendidikan Al-Barakah mengakui, komen negatif yang diterima sedikit sebanyak mengganggu emosi ahli keluarganya yang lain. Gelaran seperti ‘anjing’ dan ‘macai’ yang dilempar agak keterlaluan hingga ada ketikanya membuatkan anaknya sendiri menangis membaca komen sebegitu.

      Menurutnya, keadaan itu disifatkan tidak adil kerana keputusan sama ada mahu menerima atau menolak perlantikan itu masih belum diputuskan lagi.
       
      “Saya penat, orang kutuk macam-macam, anak saya sendiri menangis apabila bapanya dipanggil anjing dan barua. Ini membuatkan saya sedih. Orang luar hanya tahu memboikot, tetapi sekupang pun mereka tidak datang untuk melihat tempat kita (Pusat Pendidikan Al-Barakah),'' katanya.

      PIL KUDA PALING BANYAK DI KELANTAN (Negeri Serambi Mekah)

      Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
      KOTA BHARU 30 Nov. - Penggunaan pil methamphetamine atau pil kuda di Kelantan adalah yang tertinggi di Malaysia dengan statistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan mendapati sekurang-kurangnya 60 orang ditahan setiap hari kerana positif mengambil bahan terlarang itu.

      Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, jumlah penahanan tersebut konsisten sejak 30 bulan lalu menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan dalam tempoh itu adalah sekurang-kurangnya 54,000 orang.
      Pil Kuda (methamphetamine)
      Katanya, statistik itu merisaukan kerana penggunaan pil kuda turut membabitkan remaja dan mendorong kepada berlakunya beberapa jenayah lain seperti kecurian harta benda dan jenayah berat seperti rogol serta kekerasan.



      Sumber : UTUSAN MALAYSIA

      Friday, 29 November 2013

      JANGAN BUAT ISU HINA SULTAN KAMI TIDAK PENTING!!!

      Nik Rabani, 22 Jun 2011.
      Ketika Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dihina oleh seorang bekas pelajar PTPL, Nik Rabani melalui laman facebook pada 22 Jun 2011. Nik Rabani telah didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan yang yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Cepat pula tindakan dan penahanan dibuat oleh pihak Polis Terengganu.

      Melissa Gooi, 1 Jun 2013
      Ketika Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah juga dihina oleh seorang perempuan berbangsa cina bernama Melissa Gooi menerusi laman sosial facebooknya, ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, kerana menghina ucapan Seri Paduka pada 1 Jun lalu. Sekejap sahaja dia ditahan oleh Polis Kuala Lumpur, walaupun penghinaannya tidaklah seteruk yang dilakukan seorang aktivis Royalti (NGO R) baru-baru ini keatas Timbalan Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad Ke 5, Sultan Kelantan.

      Listen Basikal Tua.
      Kes menghina Tuanku Al-Sultan Kelantan oleh seorang aktivis Royalti melalui facebook yang bernama ‘Listen Basikal Tua’ milik Wan Muhiddin Asyrafi, dilihat seolah-olah senyap begitu saja. Semua maklumat penghinaan sudah pun dibekalkan oleh saudara Zakri b. Mohd Zaki (Timbalan Pengerusi BADAR) atau lebih dikenali sebagai 'Mat Jek' di dalam laman facebook kepada pihak Polis Kelantan pada 12 November lalu, termasuklah beberapa status lain yang menghina tuanku sebelum telefon bimbit 'Listen Basikal Tua' didakwa hilang pada 3 November 2013 lalu di Stadium Shah Alam.

      Perkembangan kes tersebut masih belum diketahui sehingga sekarang, atau Polis Kelantan nak tunggu 35 laporan polis dibuat, macam berlaku pada kes Melissa Gooi tu baru nak bertindak???

      Kalau macam tu, masih ramai lagi duk nunggu nok buat laporan nih!!!!!!

      TOLONG JANGAN BUAT ISU HINA SULTAN KAMI TIDAK PENTING!!!!!



      Sila rujuk :
      1) Utusan Melayu (M) Bhd :
      http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_09.htm
      2) Berita Harian :
      http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WanitahinaAgongditahan/Article

      Thursday, 28 November 2013

      KONSERT ARTIS GABUNGAN DUA NEGARA

      SUDAH acap kali konsert gabungan dua buah negara diadakan di Malaysia. Atas predikat perpaduan, konsert sebegini terus dilaksanakan dan mendapat sambutan menggalakkan, baik daripada pihak artis mahupun peminat.

      Namun, acara atas nama Konsert Destini ini lahir untuk mewujudkan objektif yang berbeza. Masih dalam rantaian persembahan penyanyi-penyanyi hebat Malaysia dan Indonesia, konsert yang akan dilaksanakan pada 20 dan 21 Disember ini mempunyai misi tersendiri.

      Dianjurkan oleh pihak Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM, konsert ini bakal berlangsung di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

      Objektif utama konsert tersebut dianjurkan adalah untuk mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa yang merupakan tabung dermasiswa bagi membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan dari luar bandar, pedalaman dan miskin.

      Ia juga akan disalurkan kepada anak yatim dan orang asli untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.

      Konsert tersebut yang akan berlangsung pada pukul 8 malam menampilkan persembahan artis tersohor Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Jaclyn Victor, Adira, Hafiz Suip serta Dayang Nurfaizah manakala artis dari Indonesia terdiri daripada Datuk Rossa dan Pasha Ungu.

      Menyambut baik perjuangan dana ini, Datuk Siti Nurhaliza yang akan menyanyikan tiga buah lagu hitnya melihat ia sebagai suatu usaha murni untuk membantu anak bangsa.

      “Sebagai anak seni, kami bukan sahaja muncul untuk menghibur tetapi juga membantu melalui muzik. Kita mahu melihat anak bangsa berjaya.

      “Ada dalam kalangan mereka ini yang berkeinginan tetapi kemampuan mereka terhalang. Saya dan rakan-rakan artis yang lain menyokong program yang dijalankan oleh YDAB,” ujarnya yang pernah bekerjasama dengan pihak YDAB sebelum ini.

      Amy Search yang merupakan salah satu penampilan istimewa untuk dua malam konsert tersebut juga menyambut baik sebuah projek yang disifatkan sebagai membantu anak-anak bangsa yang tercicir.

      “Saya akan menyanyikan sekitar tiga atau empat buah lagu. Saya mungkin akan tukar lagu pada malam kedua, semua bergantung kepada mood serta audiens,” ujar Amy yang menerima pelawaan penganjur konsert tanpa melihat jadual kerjanya kerana ikhlas mahu menghulur bantuan.

      “Ini sebuah acara yang perlu ditunjukkan sokongan untuk generasi seterusnya,” ujar Amy yang menyimpan keinginan mempelajari seni lukis di UiTM suatu ketika dulu.

      Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB), Datuk Mohd. Aizuddin Mohd. Ghazali, sehingga kini sebanyak 2,500 tiket telah habis dijual.

      “Artis yang sama akan menyanyi untuk dua malam. Konsert yang berdurasi dua jam 30 minit ini menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2 juta dan setiap ringgit akan disalurkan kepada pihak YDAB,” ujar Aizuddin yang turut menjelaskan, kehadiran Rossa dan Pasha adalah kerana agenda Tahun Melawat Malaysia 2014.

      “Konsert ini terbuka kepada khalayak dan diharapkan mereka dapat berhibur sambil beramal. Konsep elegan dan harmoni akan ditampilkan pada malam tersebut dan akan membawa kelainan kepada Konsert Destini ini,” ujarnya yang akan turut menampilkan Edrie Hashim selaku Pengarah Muzik.

      Tiket-tiket dijual pada harga RM30, RM80, RM200, RM300, RM500 dan RM1,000 menerusi Unit Pemasaran Konsert Destini dan Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) UiTM di talian 03 7962 2186 dan 03 3342 5080.


                           Orang ramai yang ingin membuat TEMPAHAN boleh menghubungi: 
      019-6704734 / 013-3959839 / 03-79622186



      MB KELANTAN JUMPA DS NAJIB

      PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Perdana Putra di Putrajaya.

      Ahmad yang ditemui sejurus selepas perjumpaan selama kira-kira 45 minit itu berkata, ia merupakan kunjungan hormat beliau selaku Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik.

      Beliau berkata, antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berkaitan dengan pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri. "Contohnya berkaitan dengan infrastruktur dan juga hal lain untuk kebajikan rakyat," katanya dan menambah, isu berkaitan politik tidak dibincangkan dalam pertemuan itu.          

      Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada kira-kira jam 9 pagi bersama beberapa anggota exco kerajaan negeri Kelantan, dan beliau diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika memasuki pejabat perdana menteri.

      Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei lalu, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandang jawatan menteri besar selama 23 tahun.

      BAHANA DARI HUSAM

      YB Haji Hanifa Ahmad
      Bahana dari HUSAM, Husam jung ecer tahi sebelum PRU , orang lain jung kena basuh, terbaru LEBUHRAYA RAKYAT akan dibuka tender sedikit masa dengan anggaran RM550 juta untuk 30km, dari Machang ke Kuala Krai. 

      Bayaran yang ditawarkan bagi kontraktor yang berjaya membida adalah secara tertangguh setahun selepas lebuhraya itu siap. 

      YB Hanifa berkata, andai ada kontraktor yang berminat maka dia kena ada wang yang terlalu banyak iaitu menyamai bajet tahunan untuk jaga sebutir negeri dan duit tu MAPUHH selama 4 tahun kat situ sebelum dapat 'collect' balik dari Kerajaan Negeri , tu pun andai semua 'smooth' lancar lawas serupa telan pisang. Tapi gak nampak ko peseng, dengan bajet tahunan kerajaan negeri 2014 sebanyak RM550juta jugak tu pun selepas dicampur RM200juta hasil royalti petroleum yang masih diperingkat perbicaraan yang entah lagumana ajaib dia masukkan jugak, mencipta defisit tahunan sebanyak RM10.4 Juta. 

      Kok celoh mana nak bayar RM550juta???

      *Buat YB Haji Hanifa Ahmad* 

      Tuan haji xdok bakat weh nak pelawok serupo gu tuan haji... 

      Maaf lah logik akal x leh nk terima.

      Wednesday, 27 November 2013

      HIKAYAT SEBUAH LEBUHRAYA

      Bermula dari pembentukan Baldah Toyyibah Sdn Bhd. syarikat cikai yang disamatarafkan dengan PRASARANA, menyelia pembinaan Lebuh Raya Rakyat (LERAK) ciptaan HUSAM, memungut derma dari RAKYAT untuk membuat sebuah HIGHWAY IDAMAN dengan menjaja kononnya dianaktirikan. (walaupun sebahagian Central Spine Road menuju ke KELANTAN sudah dan sedang dalam pembinaan bermula di Bentong, Pahang).

      Lalu didermakan barangan pembinaan oleh GERAKAN TUKAR di hadapan SUK NEGERI, maka melompatlah EXCO EXCO Negeri menyatakan bahawa mereka sudah ada pembiayaan dari IRAN lah dan macam macam lagi, derma dari rakyat hanyalah simbolik 'anak tiri' semata mata. 

      Dicanang pada rakyat bahawa kontraktor asal MENTA CONSTRUCTION terpaksa tarik diri disebabkan diberi tekanan oleh PUSAT katanya. Muncul Kontraktor penyelamat, DAELIM dari KOREA yang juga selepas itu lama menunggu sesuatu janji yang konkrit dari kerajaan Negeri mengenai pulangan yang mereka dapat jika mereka bina LERAK, akhirnya TARIK DIRI juga setelah jemu menunggu. Walau diberitahu pada rakyat mereka ditolak, untuk membolehkan ECOBOUND masuk dengan satu proposal baru yang dikatakan lebih menguntungkan negeri... dan TERBARU, sekali lagi kisah yang sama berulang... mereka JUGA MENARIK DIRI..... itulah akibatnya apabila permulaan kerja tu menipu sampai kesudah tak berkat.... 

      TOLONG JELASKAN PADA RAKYAT APA YANG TELAH BERLAKU!!!!!

      CERITA YANG SEBENAR LAAA WAHAI PEMIMPIN PARTI ISLAM NEGERI KELANTAN!!!!

      Bukan rakyat Islam Kelate yang menderma saja x halalkan kerja lagu nih, bahkan Puak Budha Ketik TUMPAT pun tertanya-tanya kemana derma RM63 RIBU hok dia derma mulo??? Kalu ada, hantar kelik laaa wei!!!!!!!!!!!!!!!!!......

      Monday, 25 November 2013

      PEMANDU IZZAH DISIASAT BERKAITAN KES ROGOL & SAMUN WANITA INDONESIA

      KUALA LUMPUR - Pemandu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kini disiasat berhubung aduan rogol dan samun oleh seorang wanita warga Indonesia semalam.

      Menurut sumber, mangsa yang dalam lingkungan 30-an dan bekerja sebagai pembantu rumah telah dibawa keluar oleh pemandu berkenaan bersama seorang lagi lelaki ke sebuah rumah di Cheras sebelum diberikan sebatang rokok untuk dihisap.
      Mangsa yang mendakwa pening selepas diarahkan menghisap rokok itu kemudiannya mengadu dirogol oleh suspek dan seorang lagi rakannya.

      Selain dirogol, mangsa juga mendakwa turut dipukul dan telefon bimbit, pasport serta sejumlah wang miliknya telah dilarikan oleh suspek.

      Mangsa telah diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

      Kes kini sedang disiasat untuk tindakan lanjut.

      Sunday, 24 November 2013

      #HukumHudud PAS TETAP LAKSANAKAN HUDUD DI KELANTAN

      Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
      SHAH ALAM : Parti Islam Semalaysia (PAS) tetap dengan pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun mendapat tentangan hebat daripada sekutunya DAP.

      Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, DAP tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan dan dasar parti itu walaupun wujudnya tahaluf siyasi antara mereka dalam pakatan pembangkang.
      Tegasnya, asas hubungan politik yang dijalinkan bersama DAP tidak membataskan parti itu untuk melaksanakan undang-undang Islam tersebut di negeri Kelantan.

      "Hak dia bersuara, hak kita meneruskan apa yang kita perjuangkan.
      Itu tak ada dalam perjanjian dalam Pakatan Rakyat. Masing-masing dengan ideologi masing-masing." - Abdul Hadi Awang

      "Kerjasama kita (Pakatan Rakyat) dalam perkara persamaan, dalam perkara perbezaan itu hak masing-masing," katanya pada sidang media selepas majlis penutup Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Shah Alam di sini.

      Beliau mengulas mengenai rayuan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh terhadap PAS agar tidak meneruskan cadangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

      Karpal Singh
      Menurut Karpal, kerajaan negeri dibawah pimpinan PAS tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut.

      Katanya, DAP tetap tegas menentang pelaksanaan hudud dan cadangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

      Sebelum ini media melaporkan mengenai kesediaan Mahkamah Syariah Kelantan untuk melaksanakan enakmen yang dibentuk pada tahun 1993 bila-bila masa sekiranya kerajaan negeri itu mahu menguatkuasakannya.

      Persoalannya :

      1.Bilakah kerajaan PAS negeri Kelantan mahu melaksanakan hukum HUDUD di negeri Kelantan? 

      2.Adakah Kerajaan PAS Kelantan tidak bersedia untuk melaksanakan hukum HUDUD? 

      3.Adakah kata-kata mereka hanya manis dimulut?

      BERAMAL SAMBIL BERHIBUR #KonsertDestini


      Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2 juta pada Konsert Destini yang bakal diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini pada 20 dan 21 Disember depan.


      Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali berkata, dana tersebut akan digunakan bagi membantu meringankan beban penuntut universiti itu daripada kalangan keluarga miskin.

      "Selain penuntut UiTM dana itu juga akan disalurkan ke Tabung Pendidik Anak Bangsa YDAB bagi membantu pelajar berpotensi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di universiti tersebut," katanya kepada mStar Online.

      Mohd Aizuddin ditemui semasa sidang media konsert berkenaan yang diadakan di Hotel Blue Wave di sini pada Rabu.

      Seramai sembilan orang artis terkenal akan membuat persembahan pada konsert berkenaan iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Amy (Search), Rossa, Pansha (Ungu), Awie, Adira, Hafiz, Jaclyn Victor dan Dayang Nurfaizah.

      Program berkenaan adalah di bawah naungan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.



      Dalam pada itu, Mohd Aizuddin berkata, setakat ini tiket berharga RM1,000 sudah habis terjual dan perkembangan itu cukup memberangsangkan.

      Malah katanya lagi, secara keseluruhan sebanyak 2,000 keping tiket telah terjual setakat ini.

      "Dewan tersebut mampu memuatkan 3,750 penonton pada satu-satu masa dan sambutan hangat daripada penonton membuatkan kami mengambil keputusan untuk mengadakan persembahan itu selama dua hari," jelasnya.

      Tambahnya lagi, setiap artis akan menyampaikan dua buah lagu manakala Siti Nurhaliza dan Amy akan mendendangkan tiga buah lagu.

      Persembahan kesemua penyanyi pada malam itu nanti akan dipimpin oleh pengarah pemuzik, Edrie Hashim.

      Sementara itu, Mohd Aizuddin berkata, pihaknya berbesar hati dengan sokongan nama-nama besar dalam industri muzik bagi menjayakan persembahan itu.

      Malah katanya, rata-rata artis tidak mengambil masa panjang untuk bersetuju apabila mengetahui tujuan konsert itu diadakan adalah bagi membantu mereka yang memerlukan.

      "Seperti hari ini (Rabu) Rossa tidak dapat hadir tetap dia akan datang ke Shah Alam minggu hadapan untuk melawat UiTM bersama-sama anak-anak yatim. Komitmen semua artis amat kami hargai," jelasnya.
      Selain berharga RM1,000 turut dijual tiket berharga RM30, RM80, RM200, RM300 dan RM500.


      Orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi 
      019-6704734 / 013-3959839 / 03-79622186


      Wednesday, 20 November 2013

      #KonsertDestini : ARTIS POPULAR SERTAI KONSERT DESTINI BANTU PELAJAR MISKIN UiTM

      Siti Nurhaliza (dua dari kanan) dan Amy Search (kiri) bersama individu yang terlibat dalam Konsert Destini.
      SHAH ALAM: Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2 juta pada Konsert Destini yang bakal diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini pada 20 dan 21 Disember depan.
      Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali berkata, dana tersebut akan digunakan bagi membantu meringankan beban penuntut universiti tersebut dari kalangan keluarga miskin.
      "Selain penuntut UiTM, dana itu juga akan disalurkan ke Tabung Pendidik Anak Bangsa YDAB bagi membantu pelajar berpotensi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di universiti tersebut," katanya kepada mStar Online.
      Mohd Aizuddin ditemui semasa sidang media konsert berkenaan yang diadakan di Hotel Blue Wave di sini pada Rabu.
      Rossa
      Seramai sembilan orang artis terkenal akan membuat persembahan pada konsert berkenaan iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Amy (Search), Rossa, Pansha (Ungu), Awie, Adira, Hafiz, Jaclyn Victor dan Dayang Nurfaizah.
      Program berkenaan adalah di bawah naungan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.
      Dalam pada itu, Mohd Aizuddin berkata, setakat ini tiket berharga RM1,000 sudah habis terjual dan perkembangan itu cukup memberangsangkan.
      Malah katanya lagi, secara keseluruhan sebanyak 2,000 keping tiket telah terjual setakat ini.
      "Dewan tersebut mampu memuatkan 3,750 penonton pada satu-satu masa dan sambutan hangat daripada penonton membuatkan kami mengambil keputusan untuk mengadakan persembahan itu selama dua hari," jelasnya.
      Tambahnya lagi, setiap artis akan menyampaikan dua buah lagu manakala Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search akan mendendangkan tiga buah lagu.
      Persembahan kesemua penyanyi pada malam itu nanti akan dipimpin oleh pengarah pemuzik, Edrie Hashim.
      Sementara itu, Mohd Aizuddin berkata, pihaknya berbesar hati dengan sokongan nama-nama besar dalam industri muzik bagi menjayakan persembahan itu.
      Malah katanya, rata-rata artis tidak mengambil masa panjang untuk bersetuju apabila mengetahui tujuan konsert itu diadakan adalah bagi membantu mereka yang memerlukan.
      "Seperti hari ini (Rabu) Rossa tidak dapat hadir tetap dia akan datang ke Shah Alam minggu hadapan untuk melawat UiTM bersama-sama anak-anak yatim. Komitmen semua artis amat kami hargai," jelasnya.
      Selain daripada tiket yang berharga RM1,000, turut dijual juga tiket yang berharga RM30, RM80, RM200, RM300 dan RM500.


      Jomm Kita Berhibur Sambil Beramal.
      Untuk Membuat TEMPAHAN TIKET, Sila Hubungi:
      019-6704734 / 013-3959839 / 03-79622186


           Sumber
      -mStar Online-

      Monday, 18 November 2013

      #PAU2013 PERWAKILAN UMNO DIBERI LEBIH KEBEBASAN UNTUK BAHAS USUL


      KUALA LUMPUR: Anggota perwakilan Umno diberi lebih kebebasan untuk membahas pelbagai usul termasuk ekonomi, pendidikan dan agama pada Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra dari 2 hingga 7 Disember ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

      Timbalan Perdana Menteri berkata ini adalah bagi memastikan perwakilan dapat mengupas isu berkaitan usul dengan lebih meluas dan mendalam.
      Katanya ia juga membuktikan Umno parti yang terbuka dan sering mengambil kira pandangan pelbagai pihak dalam usaha seriusnya untuk memperkasa parti dan negara.
      “Pada kebiasaannya, kita memberikan mereka panduan untuk menentukan perbahasan tidak lari daripada landasan biasa, tapi kali ini kita nak bagi mereka lebih kebebasan untuk mengemukakan idea sama ada berkenaan dengan dasar parti atau pun dasar kerajaan,” katanya.
      Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Kongres Kelapa Sawit Antarabangsa 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, Selasa.
      Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata kebebasan berbahas juga boleh memberi gambaran kepada kepimpinan parti mengenai perasaan anggota berkaitan parti.
      Namun, katanya apa yang lebih penting ialah usul yang dibahaskan adalah untuk kepentingan parti dan memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
      “Mereka boleh menilai sejauh mana transformasi politik yang kita (Umno)sebutkan, sudah dapat kita laksanakan dan apakah hala tuju parti dan kerajaan kita untuk tempoh tahun mendatang,” katanya.
      Mengulas lanjut, beliau berkata usul yang bakal dibahaskan pada perhimpunan agung parti disediakan oleh Naib Presiden Umno selaku Pengerusi Jawatankuasa Usul Perhimpunan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
      Menurutnya setakat ini usul yang sudah dimaklumkan ialah ucapan dasar, ekonomi, agama serta pendidikan.
      Ditanya apakah yang akan dibangkitkan perwakilan pada perhimpunan lima hari itu, Muhyiddin berkata cadangan penambahbaikan sistem pemilihan baharu yang dilaksanakan Umno baru-baru ini mungkin antara perkara yang bakal dibangkitkan.
      “Ini adalah perhimpunan pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13, sudah tentu akan ada penilaian, maklum balas dan post mortem mengenai apa yang mereka rasa tentang pilihan raya itu,” katanya.
      BERNAMA

      Friday, 15 November 2013

      TAN SRI ANNUAR MUSA BUAT KENYATAAN BERKENAAN HUDUD DI KELANTAN

      Tan Sri Annuar Musa.

      Kenyataan Tan Sri Annuar Musa dipetik dari laman facebook beliau sendiri, selepas Jabatan Kehakiman Syariei Kelantan bersedia untuk melaksanakan Hukum Hudud di negeri ini (Kelantan).

      Beliau yang merupakan seorang pemimpin UMNO telah menyatakan sokongan secara terbuka untuk Hukum Hudud itu dilaksanakan secepat mungkin di Kelantan.

      Kenyataan Tan Sri Annuar Musa di facebook.
      Sehingga kini Kerajaan Pas Kelantan masih belum memberi sebarang respon/keputusan mengenai pelaksanaan Hukum Hudud di negeri Cik Siti Wan Kembang atau lebih dikenali dengan negeri Serambi Mekah.

      Jika sebelum ini mereka lantang berkata bahawa UMNO menolak Hukum ALLAH, bagaimana pula dengan mereka? Adakah mereka hanya pandai berkata-kata tetapi takut untuk melaksanakannya? Walhal Jabatan Kehakiman Syariei Kelantan telah pun bersedia untuk melaksanakan Hukum Hudud di negeri ini. Mahu minta kebenaran daripada siapa lagi?



      Thursday, 14 November 2013

      TERBARU!!!!!!! LAGI KES TEMBAK DI BUMI SERAMBI MEKAH

      BACHOK : Saya baru sahaja menerima hebahan maklumat dari gerakan IPK Kelantan mengenai satu kejadian tembak (1)(L)(M) dan telah meninggal dunia di Pengkalan Petah,Tawang, Bachok. Suspek menggunakan motosikal jenis YAMAHA 135 LC berwarna merah dan nombor pendaftaran tidak diketahui. Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9.20 malam tadi (14/11/2013).  


      Mangsa tembak.

      Situasi selepas kejadian.

      Ketika polis sudah berada di lokasi kejadian.

      Report pertama berkait Tawang Rpt: 1448/13. Butiran lanjut kes belum diperolehi.

      Lokasi kejadian adalah sama dengan kejadian tembak yang berlaku  kes tembak seorang guru di sini iaitu PK HEM SK Tawang pada 3 bulan yang lepas.

      Kejadian tembak di Simpang Empat Binjai pada 11 Oktober lalu, suspek juga menggunakan motosikal jenis sama iaitu YAMAHA 135 LC dan kemungkinan kejadian yang berlaku di Tawang Bachok ini juga melibatkan suspek yang sama. Walaubagaimanapun, kita tunggu siasatan yang akan dijalankan oleh pihak polis. Penjenayah akan terima balasannya. Sampai bila mereka mampu untuk berselindung dari dikecam oleh pihak polis. Bak kata pepatah Melayu "Sepandai-pandai tumpai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah jua".


      HARGA PETROL RON97 TURUN 10SEN


      Harga petrol RON97 telah dikurangkan sebanyak 10 sen berkuatkuasa bermula hari ini. Pengurangan ini menjadikan harga bahan bakar premium itu kepada RM2.75 seliter.
      Penurunan harga ini berlaku selepas baru sahaja pertukaran harga dua bulan yang lalu, yang mana harga minyak tersebut dinaikkan sebanyak 15 sen dari harga sebelumnya, RM2.70 untuk setiap liter.
      Harga petrol RON95 masih kekal pada harga RM2.10/liter dan harga diesel kekal pada RM2.00/liter.

      Apakah reaksi yang bakal pembangkang persembahkan selepas ini? 

      Saya juga teringin melihat kerenah pembangkang melompat seperti kera dalam sangkar dimana yang kita lihat mereka berdemonstrasi mempertahankan Tuhan Ambiga mereka.

      Wednesday, 13 November 2013

      KENYATAAN RASMI BARISAN DARULNAIM (BADAR)

      Susulan isu laporan polis terhadap seorang Aktivis NGO Royalti, yang membuat kenyataan menghina Tuanku Al Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V melalui akaun Facebooknya ,Listen Basikal Tua, pada 10 November 2013. Presiden NGO R , Nazri Deraman telah mengeluarkan kenyataan di akhbar Sinar Harian hari ini menyatakan bahawa NGO Royalti tidak terlibat isu hina Sultan.

      Dalam kenyataan tersebut Saudara Nazri telah menyatakan telefon bimbit Listen Basikal Tua telah hilang semasa menyaksikan perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada 3 November 2013. 
       
      Keratan akhbar SINAR HARIAN.
      Disini kami meminta Saudara Nazri sebagai Presiden Royalti yang terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan bagi pihak Listen Basikal Tua menjelaskan kepada kami,

      1) Jika NGO Royalti tiada kaitan dengan penghinaan terhadap Tuanku Sultan Kelantan , kenapakah beliau melatah menjawab bagi pihak Listen Basikal Tua?, sedangkan penghinaan ini keluar dari akaun peribadi Listen Basikal Tua sendiri dan tiada siapa menuduh NGO Royalti yang mengeluarkan kenyataan tersebut sebaliknya hanyalah seorang Aktivis NGO Royalti . Sewajarnya Listen Basikal Tua sendiri bertanggungjawab menjawab persoalan atas apa yang telah berlaku.

      2) Jika didakwa telefon bimbit Listen Basikal Tua telah hilang pada 3 November 2013 yang lalu dan selepas itu akaun Facebook Listen Basikal Tua didakwa diceroboh, apakah jawapan Saudara Nazri terhadap ‘posting’ Facebook di sebuah Group Facebook pada 26 Ogos 2013 yang secara ringkasnya menyatakan dalam dialek Kelantan “ Loni hok patut dilawan bukan husam...bukan juga Nik Amar... tapi Rajo... haaa tu dio... mugo punco dari dia belako...ado berani ko blako???x rokkk dk berkokok jah...”. 
      3) Apa pula alasan Saudara Nazri boleh berikan kepada Tuanku Sultan dan rakyat Kelantan dimana dalam satu komen yang dikeluarkan oleh akaun Listen Basikal Tua ini yang mempertikaikan perbelanjaan istana dengan kenyataan bertulis “ rm1j buat beli beras, sayur, lauk untuk raja... rakyat marhaen rm300 bantuan jkm buat beli sayur,beras, lauk... benda sama jer tapi total lain... atau adakah raja nak beli mugo lain lagi...”.

      Semua kenyataan diatas dikeluarkan oleh Listen Basikal Tua selepas perjumpaan NGO Royalti dengan Timbalan Menteri Besar, Dato Nik Amar pada 26 Ogos 2013. Adakah telefon Listen Basikal Tua juga ketika itu dicuri?. Selain dari itu juga beberapa Status Facebook Listen Basikal Tua juga beberapa kali mempertikaikan system beraja yang diamalkan di Negara ini.

      Dikesempatan ini juga kami di pihak Pertubuhan Barisan Darul Naim mewakili rakyat Kelantan meminta Timbalan Menteri Besar, Dato Nik Amar menjelaskan kepada seluruh rakyat apakah yang dibincangkan dan diterangkan kepada delegasi NGO Royalti semasa perjumpaan yang bertarikh 26 Ogos 2013, jam 3:30 petang di bilik Mesyuarat di Kota Darulnaim sehingga menyebabkan Listen Basikal Tua begitu berani mencabar Istana dengan mempertikaikan pelbagai hal. Untuk rekod pertemuan itu juga dihadiri oleh pemilik Facebook Listen Basikal Tua.

      Rakyat Kelantan bukan menuduh NGO Royalti tapi sebaliknya mengecam apa yang dikeluarkan oleh pemilik akaun facebook Listen Basikal Tua yang juga pada ketika itu adalah ADMIN bagi FACEBOOK GROUP: Aktivis R – ROYALTI.

      Sekian,
      Timb. Pengerusi
      Pertubuhan Barisan DarulNaim (BADAR)

      Tuesday, 12 November 2013

      BADAR BUAT LAPORAN POLIS BERKENAAN KENYATAAN "Listen Basikal Tua" HINA SULTAN KELANTAN


      KOTA BHARU - Timbalan Pengerusi Pertubuhan Barisan Darul Naim Negeri Kelantan, Encik Zakri b. Mohd Zaki telah membuat satu laporan polis berkenaan admin facebook "Listen Basikal Tua" (Wan Muhiddin Asyrafi) yang merupakan seorang aktivis NGO R menghina Tuanku Sultan Kelantan dan juga rakyat Kelantan. Laporan telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu pada pukul 2.38 petang tadi.


      Admin facebook 'Listen Basikal Tua' telah mengeluarkan satu kenyataan "mazhab melayu kelantan esok akan menyambut hari jadi tuhan mereka...jadi mereka akan menyambutnya secara besar-besaran...duit berjuta-juta akan habis...rakyat-rakyat akan dikerah untuk menari di depannya... ulil amri yg benar ialah seorang ketua yang menghabiskan duit negeri untuk rakyat...bukan menghabiskan duit negeri untuk sambut hari jadinya..mohon allah turunkan bencana kpd penganut mazhab melayu yang sesat ini." jelas menunjukkan dia menghina Sultan dan juga rakyat Kelantan dan menyebabkan orang Melayu di negeri Kelantan membuat laporan polis supaya tindakan akan dikenakan terhadap yang dituduh iaitu Wan Muhiddin Asyrafi pemilik facebook Listen Basikal Tua.

      Laporan polis berkenaan Aktivis NGO R menghina Sultan dan rakyat Kelantan juga telah dibuat di daerah Tumpat pada hari ini.

      Friday, 8 November 2013

      REMAJA CINA YANG MENCERCA KALIMAH ALLAH DIBEBASKAN!!! #LuCinaJanganCabarOrangISLAM #KalimahALLAH

      Komen hasutan di facebook Alex Tan.
      Polis menahan seorang remaja lelaki di Bandar Hilir Melaka pada Khamis bagi membantu membantu siasatan berkaitan kes menghina Islam dengan menulis kata-kata mencerca kalimah ALLAH swt dalam statusnya di Laman Facebook baru-baru ini. 

      Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata suspek berusia 17 tahun dari Petaling Jaya itu ditahan pukul 3 petang tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini untuk diambil keterangan. 

      Remaja itu kemudian DIBEBASKAN tengah malam ini dengan ikat jamin polis, katanya ketika dihubungi Bernama di sini. 

      Remaja itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 susulan satu laporan polis diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap tindakan remaja berkenaan.
      Zainuddin berkata remaja tersebut sudah berhenti sekolah selepas peperiksaan PMR dua tahun lepas dan ketagih dengan permainan komputer. - Bernama

      Tuesday, 5 November 2013

      RAKYAT DUN JABI TERENGGANU TERIMA WANG EHSAN HARI INI.

      JABI : Seramai 4,468 penduduk DUN Jabi menerima sumbangan Wang Ehsan sebanyak RM300 setiap seorang pada hari ini (6hb), esok (7hb) dan 10hb November ini.

      Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar berkata, pemberian wang ehsan itu diberi kepada mereka yang layak menerimanya antaranya ialah golongan berpendapatan rendah dan orang kurang upaya (OKU) bagi meringankan bebanan mereka.

      “Pada tahun ini, seramai 4,468 layak menerima wang ehsan yang akan di adakan di Dewan Sivik Jabi selama tiga hari iaitu esok, lusa dan disambung 10hb ini,” katanya.

      Iskandar berkata, pemberian wang ehsan itu membuktikan kerajaan BN Terengganu tetap perihatin terhadap penduduk negeri ini yang berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik supaya boleh meringankan bebanan mereka.

      “Sehubungan itu, saya mengharapkan penduduk di Dun Jabi ini terus memberi sokongan pada kepada kerajaan BN supaya segala bentuk bantuan dan sumbangan dapat dihulurkan dengan berterusan kepada mereka,” katanya.


      Friday, 1 November 2013

      ANWAR IBRAHIM TIDAK DIBENARKAN KE DUN SG. LIMAU #PRKSgLimau #2013


      YAN 1 Oktober - Penyokong PAS (penyokong arwah Ustaz Azizan) menaikkan kain rentang  sebagai tanda protes mereka terhadap kehadiran Anwar Ibrahim menjelang dua hari sebelum tiba hari pembuangan undi pada  4 November ini.