100 SOALAN RAKYAT UNTUK DUN KELANTAN

Pertubuhan Barisan Darul Naim (BADAR) hari ini menyerahkan 100 soalan kepada wakil Barisan Nasional (BN) YB Dato' Nozula Mat Diah

MOHON DAN KEMASKINI BR1M 3.0'

Permohonan BR1M 2014 dibuka sehingga 31 Januari 2014. Penerima BR1M sedia ada dikehendaki untuk mengemaskini permohonan anda.

PAS KELANTAN MENGGADAI TANAH RAKYAT BACHOK

Timb Menteri Besar Kelantan, Nik Amar telah berjaya menggadai 2 bidang tanah milik SEDC di Perupuk Bachok dengan kepada syarikat swasta untuk dibuat perumahan mewah berpagar dan kondominium dan hotel 4 bintang.

USTAS KAZIM DIPANGGIL 'ANJING' DAN 'BARUA'???

Beliau kesal apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.

AL-KISAH MENGENAI AIR KELANTAN SDN BHD

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bermula sebagai KELANTAN WATER SDN BHD (KWSB). AKSB/KWSB telah dijadikan sebagai sebuah syarikat swasta pada 25 Februari 1995. Sila klik pada gambar untuk berita selanjutnya...

Friday 7 February 2014

SUARA HAWA BACHOK ANJUR PROGRAM KHIDMAT SOSIAL DAN KEBAJIKAN


BACHOK 7 Feb. - Pertubuhan Suara Hawa Bachok hari ini mengadakan program sosial dan kebajikan di rumah saudari Norizan di Kg Chap yang mana telah 2 tahun terlantar di rumah akibat kemalangan jalanraya. Program ini dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan solat hajat memohon keberkatan dan kesihatan yang berpanjangan. Pihak Suara Hawa Bachok juga telah menyerahkan sebuah kerusi roda kepada saudari Norizan dan ahli-ahli Suara Hawa Bachok turut menyumbang barangan dapur bagi meringankan beban saudari Norizan sekeluarga. Pengerusi Pertubuhan Suara Hawa Bachok, Puan Siti Maheram mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli Suara Hawa yang hadir dan turut memberi sumbangan.