Friday 24 January 2014

BADAR DAN PERKASA KELANTAN BUAT LAPORAN POLIS BERKENAAN SEORANG PEGUAM CINA MENDERHAKA TERHADAP TITAH YDP AGONG


KOTA BHARU 24 JAN. - Pertubuhan Barisan Darul Naim Negeri Kelantan (BADAR) dan PERKASA Negeri Kelantan telah hadir ke Balai Polis Kota Bharu untuk membuat laporan polis berkenaan seorang peguam cina (Edmund Bon) yang mana telah menderhaka terhadap titah Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dengan membuat kenyataan bahawa "Bukan Islam Tidak Perlu Patuh Kepada Titah Diraja Atau Fatwa". Kenyataan tersebut telah ditulis dalam Portal Berita 'The Malaysian Insider' pada 20 Januari lepas.


Edmund Bon telah membuat kenyataan tersebut sehari selepas Yang Di-Pertuan Agong bertitah bahawa "Penggunaan Kalimah ALLAH Adalah Hak Eksklusif Umat Islam". Baginda juga bertitah ketetapan yang dipersetujui itu perlu dihormati semua pihak, terutama berhubung larangan penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut agama lain.

Ketetapan itu sudah jelas oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986, bahawa beberapa istilah dan kalimah yang menjadi hak eksklusif umat Islam perlu dihormati dan dilarang penggunaannya oleh penganut agama lain. Dalam konteks masyarakat majmuk, sensitiviti agama, khususnya Islam sebagai agama yang mendasari Persekutuan perlu dihormati. Kekeliruan dan kontroversi boleh dielakkan jika peruntukan undang-undang dan keputusan penghakiman dipatuhi. 







Jangan sesekali mencabar dan memperlekeh kedudukan yang melibatkan kepentingan agama Islam, bangsa Melayu serta kemuliaan Raja-raja Melayu.




0 comments: