Wednesday 22 January 2014

TIAN CHUA DIPENJARA SEBULAN DAN DENDA RM1,000


KUALA LUMPUR, 23 Jan - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua telah dijatuhkan hukuman penjara selama satu bulan dan denda sebanyak RM1,000 sebentar tadi oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur kerana melanggar arahan di bawah Perintah Kawasan Larangan, dua tahun lalu.

Hakim Mahmud Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam bela, Eric Paulsen untuk menangguhkan hukuman penjara. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, didakwa tidak mematuhi arahan Deputi Superintendan A Rajakopal, untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-kawasan Larangan 1975.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL), Jalan Semarak, jam 2.39 pagi, pada 29 April 2012 dan didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan 1959 (Akta 298), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

PASTIKAN CINA INI MELINGKUP DALAM PENJARA!!!

0 comments: