Friday 31 January 2014

#MitiWilayahKelantan : Majlis Sambutan Mauludurrasul MITI BERSELAWAT

Ucapan Pengarah MITI Wilayah Kelantan.



KOTA BHARU 31 DIS - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Wilayah Kelantan telah mengadakan Majlis Sambutan Mauludurrasul MITI BERSELAWAT. Majlis yang bermula pada jam 8:00 malam bertempat di Dewan Cik Siti Wan Kembang, Wisma PERKESO itu tadi telah dihadiri oleh seramai 130 orang, yang terdiri daripada rakan media, usahawan-usahawan bimbingan MITI dan juga pelajar Tahfiz Darul Quran, Kota Bharu.
Tazkirah Maulidurrasul telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Tuan Anuwa Tuan Mat, Pegawai Pembangunan Agama Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan. Selepas itu, majlis diteruskan dengan bacaan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang diketuai oleh pelajar Tahfiz Darul Quran dan majlis diakhiri dengan sedikit jamuan makan.
Pengarah MITI Wilayah Kelantan, En. Azran Deraman mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang hadir menjayakan majlis yang penuh keberkatan itu tadi. Beliau juga mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana Majlis Sambutan Mauludurrasul MITI BERSELAWAT telah berlangsung dengan jayanya. Beliau telah membuat kenyataan ini dilaman facebook beliau sendiri, Narza Rahman
 
 







 

0 comments: