Friday 31 January 2014

#MaulidurRasul2014 #KelantanBerselawat : PERARAKAN PERPADUAN KELANTAN BERSELAWAT

Jom pakat-pakat turun berselawat pagi esok di Padang Perdana, Kota Bharu.
Eratkan hubungan silaturrahim sesama kita ummat ISLAM di Kelantan.
In Shaa ALLAH. :)

#KelantanBerselawat
#MaulidurRasul2014


 PENGERTIAN MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh ALLAH SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh
ALLAH SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan
Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan
ALLAH SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, ALLAH SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada ALLAH SWT, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada ALLAH SWT dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang ALLAH SWT.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.




http://cheifatiq.blogspot.com/2014/01/perarakan-perpaduan-kelantan-berselawat.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul 

0 comments: