Tuesday 28 January 2014

PERARAKAN PERPADUAN KELANTAN BERSELAWAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014


Perarakan Perpaduan Kelantan Berselawat akan diadakan pada 1 FEBRUARI 2014 iaitu pada hari Sabtu. Majlis perarakan perpaduan ini dibuat sempena sambutan Maulidur Rasul 2014. Majlis akan bermula pada jam 8:00 pagi, bertempat di Padang Perdana, Kota Bharu, Kelantan. 

Ummat ISLAM di seluruh negeri Kelantan dijemput hadir bagi menjayakan majlis memperingati hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Tinggalkan 'fahaman politik' dirumah, marilah kita sama-sama hadir ke Padang Perdana, Kota Bharu pada hari Sabtu ini untuk sama-sama kita berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

Kita buktikan pada semua orang bahawa rakyat Kelantan walaupun berbeza fahaman politik, tetapi tetap boleh bersatu dalam satu agenda perpaduan ummat ISLAM. In Shaa ALLAH.

0 comments: