100 SOALAN RAKYAT UNTUK DUN KELANTAN

Pertubuhan Barisan Darul Naim (BADAR) hari ini menyerahkan 100 soalan kepada wakil Barisan Nasional (BN) YB Dato' Nozula Mat Diah

MOHON DAN KEMASKINI BR1M 3.0'

Permohonan BR1M 2014 dibuka sehingga 31 Januari 2014. Penerima BR1M sedia ada dikehendaki untuk mengemaskini permohonan anda.

PAS KELANTAN MENGGADAI TANAH RAKYAT BACHOK

Timb Menteri Besar Kelantan, Nik Amar telah berjaya menggadai 2 bidang tanah milik SEDC di Perupuk Bachok dengan kepada syarikat swasta untuk dibuat perumahan mewah berpagar dan kondominium dan hotel 4 bintang.

USTAS KAZIM DIPANGGIL 'ANJING' DAN 'BARUA'???

Beliau kesal apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.

AL-KISAH MENGENAI AIR KELANTAN SDN BHD

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bermula sebagai KELANTAN WATER SDN BHD (KWSB). AKSB/KWSB telah dijadikan sebagai sebuah syarikat swasta pada 25 Februari 1995. Sila klik pada gambar untuk berita selanjutnya...

Monday, 13 January 2014

SATU LAGI PUSAT GIATMARA DI SELANGOR DIARAH TUTUP

GIATMARA Selayang.
Pusat Giat Mara Selayang telah diarah tutup dengan kadar segera oleh EXCO Kerajaan Negeri Selangor atas alasan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran. Ini merupakan Pusat Giat Mara kedua di negeri Selangor diarah tutup selepas Pusat Giat Mara di Sabak Bernam yang menerima arahan yang sama pada pertengahan tahun 2012.

Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 33/2013 yang bertarikh 6 November 2013 telah memutuskan supaya berpindah dalam masa 12 bulan tanpa ganti rugi dan pampasan yang bermula pada 9 Disember 2013 sehingga 10 Disember 2014.

Exco Ean Yong Hian Wah dan wakil dari The KL and Chinese Assembly Hall bersama kontraktor yang dijangka akan mengambil alih tanah tersebut. Nampaknya semua Pusat Giat Mara yg berstatus tanah milik kerajaan negeri Selangor bakal menerima nasib yang sama. Dalam satu masa yang sama, Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah cuba menggagalkan usaha pembangunan bumiputera di negeri Selangor kerana didakwa memberi tekanan kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam menjalankan tanggungjawab.

Inilah satu-satunya cara Cina nak menghancurkan bangsa MELAYU. Bila MELAYU semakin kurang ilmu dan kemahiran, lagi senang kerja mereka.

#BiarKabaRetekBoh







Sunday, 12 January 2014

AL-KISAH MENGENAI AIR KELANTAN SDN BHD

Laman Web Air Kelantan SDN BHD.
Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bermula sebagai KELANTAN WATER SDN BHD (KWSB). Pada 25 Februari 1995, AKSB telah dijadikan sebagai sebuah syarikat penswastaan utiliti dengan modal berbayar sebanyak RM 40 juta. AKSB dimiliki oleh THAMES WATER PLC sebanyak 70%, dan Yayasan Kelantan (YAKIN) sebanyak 30%.

Nilai saham yang dimiliki oleh THAMES ketika itu adalah sebanyak RM28 juta, disamping kontrak penswastaan bekalan air KELANTAN selama 25 tahun. Setelah gagal sebanyak 4 kali rundingan untuk THAMES menentukan halatuju AKSB untuk memperolehi keuntungan, pada 29 APRIL 1999, Kerajaan pas Kelantan terpaksa membayar kembali kepada THAMES sebanyak RM50 juta untuk memiliki kembali saham itu. Turut dipikul bersama ketika itu adalah kerugian terkumpul sehingga RM54 juta. Begitulah mudahnya THAMES mendapat UNTUNG 'atas angin' hasil dari perjanjian yang dibuat dengan terburu-buru dan BODOH (dengan izin).

Dimasa kini mulut penyokongnya dalam mempertahankan kegagalan bekalan air di KELANTAN sentiasa menyalahkan kerajaan PUSAT yang tidak menyalurkan bantuan ketika itu. Pernahkah mereka terfikir bahawa, kerajaan manakah yang mahu memberikan pinjaman TANPA FAEDAH ketika itu sedangkan kerajaan tersebut sudah pun tahu keuntungan dari hasil kutipan bil air rakyat KELANTAN akan mengalir ke LUAR NEGARA melalui syarikat asing?

Pada 28 OKTOBER 2010 HUSAM telah berkata di dalam dewan undangan negeri bahawa bayaran RM50 juta itu kecil jika nak dibandingkan dengan kenaikan tarif air yang dikenakan pada rakyat KELANTAN ketika itu. Tetapi sehingga ke hari ini, kadar tarif air yang SUDAH NAIK sejak sekian lama TAKUT untuk dipaparkan dalam laman web AKSB.

Wednesday, 8 January 2014

KERAJAAN NEGERI MELAKA TIDAK IKTIRAF 'SULTAN MELAKA'


Kerajaan Negeri Melaka hari ini menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah untuk diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka', kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Sambil meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu itu, beliau berkata tuntutan Raja Noor Jan Shah mencabar Perlembagaan Persekutuan yang antara lain menyatakan Melaka satu daripada negeri ditadbir dan diurus wakil Persekutuan selaku ketua negeri iaitu Yang Dipertua Negeri Melaka yang dilantik Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Melaka akan meneliti perkara itu dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan dakwaan mengelirukan terhadap status kesultanan negeri itu.

"Tuntutan sebegini dibuat semasa Melaka menjadi antara negeri termaju di Malaysia...ini tidak lain cubaan mengambil kesempatan terhadap kemakmuran dan keharmonian Melaka," katanya dalam sidang berita di Seri Negeri di sini, Rabu.

Baru-baru ini, Idris menerima surat daripada Raja Noor Jan Shah yang mahu perbincangan dilakukan bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai 'Sultan Melaka' kerana mendakaw beliau telah mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Idris turut kesal dengan tindakan Raja Noor Jan Shah yang cuba mengelirukan rakyat Melaka dan meminta semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya percaya dengan dakwaan tidak berasas melibatkan sejarah kesultanan di Melaka.

"Saya juga memohon pihak media supaya melaporkan isu sebegini dengan penuh hati-hati dan bertanggungjawab supaya rakyat tidak terkeliru dengan dakwaan seperti ini," katanya.

Menurutnya Melaka hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran yang diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

"Kita tidak mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan oleh pihak lain. Dalam isu Lembaga Adat Naning memberikan pingat baru-baru ini, kita mengiktiraf lembaga itu hanya sebagai sebuah kumpulan adat sahaja, kita tidak iktiraf mereka memberikan pingat-pingat sedemikian," katanya.

Selain Lembaga Adat Naning, kerajaan negeri turut menerima laporan adanya individu dikenali sebagai 'Bonda Ratu Kerajaan Melayu Melaka' memberikan pingat kebesaran di negeri ini.

"Mereka yang menerima pingat daripada pihak ini, kita akan pastikan tidak akan menerima pingat daripada Yang Dipertua Negeri Melaka... yang telah menerima (pingat daripada Yang Dipertua Negeri Melaka) kita akan lihat kemungkinan untuk tarik balik (pingat itu)," katanya.- BERNAMA

Wednesday, 1 January 2014

SALURKAN BANTUAN ANDA KEPADA PUSAT TAHFIZ AL-AMIN

Bantulah mereka di Pusat Tahfiz Al-Amin.
In Shaa Allah kami akan membina bangunan Induk bagi Pusat Tahfiz Al-Amin (PTAA) yang bertempat di alamat, No.69 Lot 210, Sungai Seluang, 09600 Lunas, Kedah Darul Aman. 
 Pembinaan untuk fasa pertama akan dimulakan awal tahun ini (2014). Kos bagi fasa pertama ini memerlukan dana sebanyak RM500,000. Pihak Pengurusan PTAA masih lagi membuka peluang kepada sesiapa yang berhasrat untuk wakaf bagi projek pembinaan ini. Satu bahagian wakaf cuma RM25.

Bagi yang berminat, bolehlah menyalurkan wakaf anda ke akaun 'Pusat Tahfiz Al Amin' :

Bank Islam : 02057010031773
CIMB : 02070000093100
BSN : 02136-41-00004852-9
Maybank : 5571 6620 0836

Maklumkan wakaf tersebut melalui SMS kepada :

Pengerusi (Ust Ismail Bin Saad) 019-4586172,
Mudir (Md Daud Abdul Rahman) 013-4305756
Bendahari ( Sham Affin) 0124798937.
Atau kepada mana-mana AJK/Ustaz agar dapat diasingkan dari infaq biasa, zakat dan sebagainya.

Insyaallah, gambar akan diupdate di facebook Pusat Tahfiz Al-Amin dalam masa terdekat.

Email : pusattahfizalamin@gmail.com

Tuesday, 31 December 2013

KEJAYAAN PAS KELANTAN 2013 : MENGGADAI TANAH RAKYAT DI PANTAI IRAMA BACHOK


TAHNIAH KERAJAAN PAS NEGERI KELANTAN.

Maaflah rakyat Bachok kerana perumahan mampu milik tidak mendatangkan keuntungan kepada kerajaan negeri kita. Inilah kejayaan terbesar kerajaan Pas Kelantan pada tahun 2013. Lupakan sajalah mengenai perumahan mampu milik tu ye.

Sebagai penutup tirai 2013, dibawah kebijaksanaan TMB Nik Amar telah berjaya JV/Jual/Gadai/Pawah...(sewaktu denganya) 2 bidang tanah milik SEDC di Perupuk Bachok dengan sebuah syarikat swasta untuk dimajukan dengan perumahan mewah berpagar dan kondominium dan hotel 4 bintang. Hasil daripada itu SEDC menerima tunai sebanyak RM8.7 juta disamping 10% keuntungan jualan keseluruhan projek itu nanti. 

RAKYAT PERUPUK SUDAH BOLEH BERBANGGA KERANA BAKAL MELIHAT PERUMAHAN DAN HOTEL MEWAH INI DIKAWASAN MEREKA.... PERUMAHAN MAMPU MILIK PULA BIARLAH JADI ANGAN ANGAN TAK APA....

Satu lagi Kejayaan PAS menjual aset tanah negeri. Penduduk Flat Kg Sireh sudah boleh bersedia selepas ini untuk berpindah, kerana dikhabarkan ia sudahpun dijual secara teknik Takiyyah begini.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014 dengan KELANTAN YANG BERKEBAJIKAN.

Wednesday, 25 December 2013

KERANDA DIBALUT DENGAN BENDERA PAS

Gambar-gambar mayat Ketua Wanita DHPP Cawangan Kota Raja sedang diusung dan kerandanya dibalut dengan bendera Pas.



Kematian pun nak dipolitikkan juga ke?
Beginilah jadinya bila taksub yang melampau. 
Apa yang mereka percaya xtahu lah tentang ganjaran yang diperolehi bila keranda mayat dibaluti bendera Pas.

AYAT APA YANG PAS HEMBUS PADA MEREKA NI TERUS MENJADI TANDA TANYA.

Diharapkan perkara sebegini tidak terjadi pada penyokong Pas yang beragama ISLAM. Semoga kesucian agama ISLAM terus terpelihara. Sama-sama kita doakan. In Shaa ALLAH.

Amin ya rabbal alamin.



RESPON DARIPADA BLOG PENYOKONG TEGAR PAS :

Link : http://btmmari.blogspot.com/2013/12/keyakinan-rakyat-sebak-melihat-gambar.html

Katanya :
Sebak melihat gambar ini. Seorang Ketua Wanita DHPP Cawangan Kota Raja meninggal dunia. Keluarga meminta kerandanya ditutup dengan panji2 PAS hijau putih sebagai lambang perjuangan dan keyakinan mereka terhadap keadilan Islam. Doa saya moga Hidayah Allah itu milik mereka yg masih tinggal . In shaa Allah. Aamiin, Sayangnya mereka kepada parti yang memperjuangkan islam... Orang islam menentang pulak..pelik bin ajaib..Doakn terbuka hidayah utk mereka. N brtmbh ksedrn ahli jemaah..yg lena




PAKAT-PAKAT FIKIR LA BELAKO DEH!!!

Sunday, 22 December 2013

PERMOHONAN BR1M 3.0 TELAH DIBUKA (Mohon Dan Kemaskini Permohonan)


Menerusi Bajet 2014, kadar pemberian BR1M 3.0 telah dipertingkatkan dan diperluaskan. Bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah, kadar pemberian dipertingkatkan kepada RM650. Manakala isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000 turut menerima BR1M 3.0 2014 pada kadar RM450. Bagi individu bujang yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM2000 dan kebawah, layak menerima bantuan RM300. Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan online BR1M 2014. Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Kadar Pemberian BR1M 3.0 2014 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014



    Syarat Kelayakan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014

      • -Warganegara Malaysia.
      • -Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
      • -Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
      • -Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

      Borang pendaftaran BR1M 3.0 boleh didapati dilaman berikut:

      Muat Turun Borang Permohonan