100 SOALAN RAKYAT UNTUK DUN KELANTAN

Pertubuhan Barisan Darul Naim (BADAR) hari ini menyerahkan 100 soalan kepada wakil Barisan Nasional (BN) YB Dato' Nozula Mat Diah

Saturday, 30 November 2013

ISTERI TUNTUT CERAI KERANA SUAMI LUMPUH

PASIR PUTEH - Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah ungkapan yang menggambarkan nasib malang menimpa seorang pemuda yang terlantar sakit sejak enam bulan lalu, sebelum isterinya menuntut cerai tanpa alasan munasabah. Abd Manas Mohamed Noor, 31, yang diserang penyakit jantung dan lumpuh kini bergantung harap kepada kedua orang tuanya yang dihimpit kemiskinan. Akibat penyakit itu, dia pernah koma selama hampir sebulan kini mengalami kekejangan...

USTAS KAZIM DIPANGGIL 'ANJING' DAN 'BARUA'???

Pendakwah popular, Mohammad Kazim Elias sudah menjangkakan pelbagai reaksi yang bakal diterima sebaik sahaja pengumuman pelantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dibuat semalam. Mohammad Kazim atau dikenali sebagai Ustaz Mohammad Kazim Elias didalam Facebook adalah antara sembilan individu yang dilantik sebagai MT baru yang diumumkan oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, semalam. Beliau kesal apabila rata-rata...

PIL KUDA PALING BANYAK DI KELANTAN (Negeri Serambi Mekah)

Datuk Jalaluddin Abdul Rahman. KOTA BHARU 30 Nov. - Penggunaan pil methamphetamine atau pil kuda di Kelantan adalah yang tertinggi di Malaysia dengan statistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan mendapati sekurang-kurangnya 60 orang ditahan setiap hari kerana positif mengambil bahan terlarang itu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, jumlah penahanan tersebut konsisten sejak 30 bulan lalu menjadikan jumlah...

Friday, 29 November 2013

JANGAN BUAT ISU HINA SULTAN KAMI TIDAK PENTING!!!

Nik Rabani, 22 Jun 2011. Ketika Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dihina oleh seorang bekas pelajar PTPL, Nik Rabani melalui laman facebook pada 22 Jun 2011. Nik Rabani telah didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan yang yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Cepat pula tindakan dan penahanan dibuat oleh pihak Polis Terengganu. Melissa...

Thursday, 28 November 2013

KONSERT ARTIS GABUNGAN DUA NEGARA

SUDAH acap kali konsert gabungan dua buah negara diadakan di Malaysia. Atas predikat perpaduan, konsert sebegini terus dilaksanakan dan mendapat sambutan menggalakkan, baik daripada pihak artis mahupun peminat. Namun, acara atas nama Konsert Destini ini lahir untuk mewujudkan objektif yang berbeza. Masih dalam rantaian persembahan penyanyi-penyanyi hebat Malaysia dan Indonesia, konsert yang akan dilaksanakan pada 20 dan 21 Disember ini...

MB KELANTAN JUMPA DS NAJIB

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Perdana Putra di Putrajaya.Ahmad yang ditemui sejurus selepas perjumpaan selama kira-kira 45 minit itu berkata, ia merupakan kunjungan hormat beliau selaku Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik.Beliau berkata, antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berkaitan dengan pelbagai bantuan...

BAHANA DARI HUSAM

YB Haji Hanifa Ahmad Bahana dari HUSAM, Husam jung ecer tahi sebelum PRU , orang lain jung kena basuh, terbaru LEBUHRAYA RAKYAT akan dibuka tender sedikit masa dengan anggaran RM550 juta untuk 30km, dari Machang ke Kuala Krai.  Bayaran yang ditawarkan bagi kontraktor yang berjaya membida adalah secara tertangguh setahun selepas lebuhraya itu siap.  YB Hanifa berkata, andai ada kontraktor yang berminat maka dia kena ada wang...

Wednesday, 27 November 2013

HIKAYAT SEBUAH LEBUHRAYA

Bermula dari pembentukan Baldah Toyyibah Sdn Bhd. syarikat cikai yang disamatarafkan dengan PRASARANA, menyelia pembinaan Lebuh Raya Rakyat (LERAK) ciptaan HUSAM, memungut derma dari RAKYAT untuk membuat sebuah HIGHWAY IDAMAN dengan menjaja kononnya dianaktirikan. (walaupun sebahagian Central Spine Road menuju ke KELANTAN sudah dan sedang dalam pembinaan bermula di Bentong, Pahang). Lalu didermakan barangan pembinaan oleh GERAKAN TUKAR...

Monday, 25 November 2013

PEMANDU IZZAH DISIASAT BERKAITAN KES ROGOL & SAMUN WANITA INDONESIA

KUALA LUMPUR - Pemandu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kini disiasat berhubung aduan rogol dan samun oleh seorang wanita warga Indonesia semalam.Menurut sumber, mangsa yang dalam lingkungan 30-an dan bekerja sebagai pembantu rumah telah dibawa keluar oleh pemandu berkenaan bersama seorang lagi lelaki ke sebuah rumah di Cheras sebelum diberikan sebatang rokok untuk dihisap. Mangsa yang mendakwa pening selepas diarahkan...

Sunday, 24 November 2013

#HukumHudud PAS TETAP LAKSANAKAN HUDUD DI KELANTAN

Datuk Seri Abdul Hadi Awang. SHAH ALAM : Parti Islam Semalaysia (PAS) tetap dengan pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun mendapat tentangan hebat daripada sekutunya DAP. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, DAP tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan dan dasar parti itu walaupun wujudnya tahaluf siyasi antara mereka dalam pakatan pembangkang. Tegasnya, asas hubungan politik yang dijalinkan bersama...

BERAMAL SAMBIL BERHIBUR #KonsertDestini

Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2 juta pada Konsert Destini yang bakal diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini pada 20 dan 21 Disember depan. Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali berkata, dana tersebut akan digunakan bagi membantu meringankan beban penuntut universiti itu daripada kalangan keluarga miskin. "Selain penuntut UiTM...

Wednesday, 20 November 2013

#KonsertDestini : ARTIS POPULAR SERTAI KONSERT DESTINI BANTU PELAJAR MISKIN UiTM

Siti Nurhaliza (dua dari kanan) dan Amy Search (kiri) bersama individu yang terlibat dalam Konsert Destini. SHAH ALAM: Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2 juta pada Konsert Destini yang bakal diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini pada 20 dan 21 Disember depan. Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali berkata, dana tersebut akan digunakan...

Monday, 18 November 2013

#PAU2013 PERWAKILAN UMNO DIBERI LEBIH KEBEBASAN UNTUK BAHAS USUL

KUALA LUMPUR: Anggota perwakilan Umno diberi lebih kebebasan untuk membahas pelbagai usul termasuk ekonomi, pendidikan dan agama pada Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra dari 2 hingga 7 Disember ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata ini adalah bagi memastikan perwakilan dapat mengupas isu berkaitan usul dengan lebih meluas dan mendalam. Katanya ia juga membuktikan Umno parti...

Friday, 15 November 2013

TAN SRI ANNUAR MUSA BUAT KENYATAAN BERKENAAN HUDUD DI KELANTAN

Tan Sri Annuar Musa. Kenyataan Tan Sri Annuar Musa dipetik dari laman facebook beliau sendiri, selepas Jabatan Kehakiman Syariei Kelantan bersedia untuk melaksanakan Hukum Hudud di negeri ini (Kelantan). Beliau yang merupakan seorang pemimpin UMNO telah menyatakan sokongan secara terbuka untuk Hukum Hudud itu dilaksanakan secepat mungkin di Kelantan. Kenyataan Tan Sri Annuar Musa di facebook. Sehingga kini Kerajaan Pas Kelantan...

Thursday, 14 November 2013

TERBARU!!!!!!! LAGI KES TEMBAK DI BUMI SERAMBI MEKAH

BACHOK : Saya baru sahaja menerima hebahan maklumat dari gerakan IPK Kelantan mengenai satu kejadian tembak (1)(L)(M) dan telah meninggal dunia di Pengkalan Petah,Tawang, Bachok. Suspek menggunakan motosikal jenis YAMAHA 135 LC berwarna merah dan nombor pendaftaran tidak diketahui. Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9.20 malam tadi (14/11/2013).   Mangsa tembak. Situasi selepas kejadian. Ketika polis sudah berada...

HARGA PETROL RON97 TURUN 10SEN

Harga petrol RON97 telah dikurangkan sebanyak 10 sen berkuatkuasa bermula hari ini. Pengurangan ini menjadikan harga bahan bakar premium itu kepada RM2.75 seliter. Penurunan harga ini berlaku selepas baru sahaja pertukaran harga dua bulan yang lalu, yang mana harga minyak tersebut dinaikkan sebanyak 15 sen dari harga sebelumnya, RM2.70 untuk setiap liter. Harga petrol RON95 masih kekal pada harga RM2.10/liter dan harga diesel kekal pada...

Wednesday, 13 November 2013

KENYATAAN RASMI BARISAN DARULNAIM (BADAR)

Susulan isu laporan polis terhadap seorang Aktivis NGO Royalti, yang membuat kenyataan menghina Tuanku Al Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V melalui akaun Facebooknya ,Listen Basikal Tua, pada 10 November 2013. Presiden NGO R , Nazri Deraman telah mengeluarkan kenyataan di akhbar Sinar Harian hari ini menyatakan bahawa NGO Royalti tidak terlibat isu hina Sultan. Dalam kenyataan tersebut Saudara Nazri telah menyatakan telefon bimbit Listen...

Tuesday, 12 November 2013

BADAR BUAT LAPORAN POLIS BERKENAAN KENYATAAN "Listen Basikal Tua" HINA SULTAN KELANTAN

KOTA BHARU - Timbalan Pengerusi Pertubuhan Barisan Darul Naim Negeri Kelantan, Encik Zakri b. Mohd Zaki telah membuat satu laporan polis berkenaan admin facebook "Listen Basikal Tua" (Wan Muhiddin Asyrafi) yang merupakan seorang aktivis NGO R menghina Tuanku Sultan Kelantan dan juga rakyat Kelantan. Laporan telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu pada pukul 2.38 petang tadi. Admin facebook 'Listen Basikal Tua' telah mengeluarkan satu kenyataan...

Friday, 8 November 2013

REMAJA CINA YANG MENCERCA KALIMAH ALLAH DIBEBASKAN!!! #LuCinaJanganCabarOrangISLAM #KalimahALLAH

Komen hasutan di facebook Alex Tan. Polis menahan seorang remaja lelaki di Bandar Hilir Melaka pada Khamis bagi membantu membantu siasatan berkaitan kes menghina Islam dengan menulis kata-kata mencerca kalimah ALLAH swt dalam statusnya di Laman Facebook baru-baru ini.  Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata suspek berusia 17 tahun dari Petaling Jaya itu ditahan pukul 3 petang tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis...

Tuesday, 5 November 2013

RAKYAT DUN JABI TERENGGANU TERIMA WANG EHSAN HARI INI.

JABI : Seramai 4,468 penduduk DUN Jabi menerima sumbangan Wang Ehsan sebanyak RM300 setiap seorang pada hari ini (6hb), esok (7hb) dan 10hb November ini. Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar berkata, pemberian wang ehsan itu diberi kepada mereka yang layak menerimanya antaranya ialah golongan berpendapatan rendah dan orang kurang upaya (OKU) bagi meringankan bebanan mereka. “Pada tahun ini, seramai 4,468 layak menerima wang ehsan yang akan di...

Friday, 1 November 2013

ANWAR IBRAHIM TIDAK DIBENARKAN KE DUN SG. LIMAU #PRKSgLimau #2013

YAN 1 Oktober - Penyokong PAS (penyokong arwah Ustaz Azizan) menaikkan kain rentang  sebagai tanda protes mereka terhadap kehadiran Anwar Ibrahim menjelang dua hari sebelum tiba hari pembuangan undi pada  4 November ini. Menurut blog KedahkeKL serta sumber dalaman PAS bantahan yang ditunjukkan oleh penyokong arwah Ustaz Azizan terhadap kehadiran Anwar Ibrahim di Sg. Limau adalah kerana Anwar dikatakan mahu menaikkan proksinya...