100 SOALAN RAKYAT UNTUK DUN KELANTAN

Pertubuhan Barisan Darul Naim (BADAR) hari ini menyerahkan 100 soalan kepada wakil Barisan Nasional (BN) YB Dato' Nozula Mat Diah

MOHON DAN KEMASKINI BR1M 3.0'

Permohonan BR1M 2014 dibuka sehingga 31 Januari 2014. Penerima BR1M sedia ada dikehendaki untuk mengemaskini permohonan anda.

PAS KELANTAN MENGGADAI TANAH RAKYAT BACHOK

Timb Menteri Besar Kelantan, Nik Amar telah berjaya menggadai 2 bidang tanah milik SEDC di Perupuk Bachok dengan kepada syarikat swasta untuk dibuat perumahan mewah berpagar dan kondominium dan hotel 4 bintang.

USTAS KAZIM DIPANGGIL 'ANJING' DAN 'BARUA'???

Beliau kesal apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.

AL-KISAH MENGENAI AIR KELANTAN SDN BHD

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bermula sebagai KELANTAN WATER SDN BHD (KWSB). AKSB/KWSB telah dijadikan sebagai sebuah syarikat swasta pada 25 Februari 1995. Sila klik pada gambar untuk berita selanjutnya...

Monday, 6 April 2015

Bantuan RM600,000 Kepada Guru Terjejas Banjir #BahKuning


KOTA BHARU – Seramai 6,000 orang guru yang terjejas teruk akibat banjir di Kelantan akan menerima sumbangan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Persatuan Pengelola Sekolah-Sekolah Malaysia (PPSSM) dengan jumlah keseluruhan RM600,000 .

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Abdullah Mohammad berkata, daripada jumlah itu, PPSSM menyumbang sebanyak RM 43,000.

“Sumbangan ini adalah hasil kutipan dari tabung bantuan bencana PPSSM. Ini menunjukkan betapa kami bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka oleh itu kami mengambil inisiatif membantu,”

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan replika cek daripada PPSSM pada Majlis Penyerahan Sumbangan Derma Pasca Banjir di Jabatan Pendidikan Negeri disini, hari ini.

Beliau berharap, sumbangan tersebut dapat membantu mengurangkan beban mereka terbabit akibat bencana banjir yang melanda negeri ini sekitar Disember tahun lalu.

"Terima kasih kepada semua yang menghulur bantuan dan sumbangan ini bukti keperihatinan serta rasa kasih kami di atas kesulitan yang dialami oleh mereka,” katanya.

Beliau berkata, bantuan tersebut akan diagihkan pada minggu hadapan dan akan dilakukan mengikut pejabat pindidikan daerah.

Menurut beliau, sumbangan akan diberikan dalam bentuk wang tunai sekurang-kurangnya RM500 seorang dan bergantung pada tahap kemusnahan yang dialami masing-masing.

Menurutnya lagi, seramai 200 orang guru telah kehilangan tempat tinggal akibat ‘bah kuning’ baru-baru ini.

Wednesday, 31 December 2014

#2015 @NajibRazak Mahu Bina Masyarakat Lebih Selamat, Makmur Dan Saksama #NewYear2015

KUALA LUMPUR : Dato' Seri Najib Tun Razak melahirkan harapan untuk membina sebuah masyarakat yang lebih selamat, makmur dan saksama tahun depan dengan memberi tumpuan terhadap kehidupan dan keperluan rakyat.

Perdana menteri, dalam mesej akhir tahun dalam blog beliau, www.najibrazak.com, hari ini berkata dalam bulan-bulan dan tahun-tahun akan datang, fokus beliau adalah mengenai rakyat.

"Walaupun prestasi ekonomi Malaysia adalah luar biasa, saya sedar bahawa rakyat sentiasa tidak merasakan mereka mendapat bahagian mereka daripada kejayaan negara kita.

"Oleh itu, di samping usaha-usaha kita untuk memperkukuhkan ekonomi kita dengan meningkatkan pendapatan, mengurangkan perbelanjaan, dan meningkatkan produktiviti, kita juga akan berusaha mengurangkan ketidaksamaan dengan mengurangkan jurang di antara yang kaya dan miskin," katanya.

Najib berkata beliau yakin ekonomi Malaysia akan terus berkembang dan membawa lebih banyak peluang pekerjaan dan mutu kehidupan yang lebih baik kerana asas-asas yang kukuh dan dasar-dasar kerajaan yang jelas dan konsisten.

"Ekonomi kita berada di landasan yang betul untuk tumbuh sebanyak 5.7 peratus tahun ini, dan 4.7 peratus pada 2015. Defisit kita menurun, simpanan kita kukuh; kita mempunyai institusi kewangan yang boleh dipercayai, kadar pengangguran yang rendah dan kadar pelaburan asing yang memberangsangkan.

"Ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang baik bagi menghadapi sebarang cabaran," katanya.
Najib berkata Malaysia perlu lebih proaktif bagi membina sebuah ekonomi yang berdaya tahan yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

"Dengan perkembangan global yang membawa masalah kepada banyak negara, saya gembira bahawa kita telahpun mengambil pelbagai langkah untuk melindungi ekonomi kita. Baru minggu lepas, Bank Dunia mengesahkan bahawa Malaysia kekal dalam kedudukan yang kukuh sebenarnya kerana tindakan kita merasionalisasi subsidi," katanya.

Beliau berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang akan diperkenalkan April tahun depan, akan membantu memperkukuhkan kewangan kerajaan supaya Malaysia dapat meneruskan perbelanjaan yang produktif atas perkara-perkara seperti membina jalan raya, sekolah-sekolah dan hospital-hospital untuk manfaat rakyat.

"Dan di samping CBP, kita akan meneruskan pembaharuan untuk menjadikan ekonomi kita lebih kompetitif, yang akan membawa lebih banyak peluang untuk perniagaan kita, dan pendapatan tinggi untuk rakyat," kata beliau.

Bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia berikutan meningkatnya ancaman kumpulan pengganas, Najib berkata kerajaan telah memperkenalkan Kertas Putih Keganasan yang baharu dan juga memperkukuhkan kerjasama negara dengan agensi-agensi perisikan asing.

"Tanggungjawab saya yang paling besar sebagai perdana menteri adalah untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia. Kedudukan kita cukup jelas, kita menolak apa yang dipanggil Islamic State. Kita menolak negara ini yang ditakrif oleh pelampau. dan kita mengutuk keganasan yang sedang dilakukan di atas nama Islam," katanya.

Mengenai bencana banjir di beberapa buah negeri, Najib berkata keutamaan kerajaan adalah untuk membantu rakyat yang memerlukannya sekarang, dengan bekalan dan bantuan bagi mereka yang terkandas atau dipindahkan, dan sokongan kewangan, supaya rakyat mendapat kembali kehidupan mereka seperti sebelum ini.

Tahun depan, keutamaan kerajaan adalah untuk membina semula infrastruktur, perniagaan dan kediaman yang rosak secara mesra alam, supaya bencana banjir pada masa depan tidak serupa kali ini ataupun lebih buruk.

Najib berkata Malaysia akan memainkan peranan yang lebih besar dalam hal ehwal di rantau ini dan di dunia dalam tahun-tahun akan datang.

"Tahun depan kita akan menjadi pengerusi ASEAN, dengan kita bersedia untuk melancarkan Komuniti ASEAN. Pada 2015, di bawah kepengerusian Malaysia, kita akan meletakkan asas untuk integrasi serantau yang lebih kukuh. Bagi penduduk ASEAN, ini bermakna lebih banyak peluang dan lebih banyak pekerjaan dan cara yang lebih mudah untuk menjalankan perniagaan.

"Pada 2015, kita akan menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC). Jauh daripada hanya lencana kebanggaan diplomatik, ini adalah peluang Malaysia untuk menyatakan sokongan kita terhadap objektif utama, termasuk menjamin masa depan yang lebih bermaruah untuk rakyat Palestin dan memberikan sumbangan yang sebenar kepada masalah keselamatan global," kata Najib.

Najib menyifatkan 2014 sebagai tahun paling mencabar dalam karier beliau dan satu daripada tahun-tahun paling sukar dalam sejarah Malaysia dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, dan kemusnahan Penerbangan MH17.

"2014 ada membawa kemakmuran kepada Malaysia, namun ia juga tahun di mana kita bersatu dalam kesedihan. Saya percaya kita akan dapat keluar dengan lebih kuat dan lebih berazam, daripada tragedi kembar ini.

"Di masjid-masjid, gereja dan kuil, di pasar raya dan online, respons rakyat Malaysia terhadap tragedi-tragedi ini sebagai satu. Kita telah diuji dengan bencana namun semangat rakyat negara ini kekal kukuh," katanya.

Penerbangan MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada 8 Mac manakala Penerbangan MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Mengenai tragedi pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501, Perdana Menteri berkata: "Ingatan kita adalah bersama-sama dengan saudara-saudara kita di Indonesia."

Di tengah-tengah tragedi itu, terdapat kemuncak pada 2014, termasuk ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik negara dengan China dan lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia.


Sumber : Astro Awani

Thursday, 11 September 2014

PRK Pengkalan Kubor – Pengganti Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar


Sedikit Info Tentang Ustaz/Cikgu Mat Razi:

Nama.MAT RAZI B.MAT AIL 65xxxxxxxxx PENOLONG PEG.PPD TUMPAT PENGURUSAN SEKOLAH. - isteri Khairos bt husin guru sk. simpangan tmpat.

- Kelulusan BA(Hons)Sejarah& persuratn melayu UKM (1999) maktb perguruan sultan abdl halim kedah(1988)

- Anak 6 org(3 lelaki 3 perempuan)Ank 1zamir(uitam kos Art& Design) 2.nur izati(uia bhsa arab)3.aizat(maahad tmpat)4.nur zahirah(maahad tahfiz tanah merah)5.nur maisarah dan zulfahmi(sk smpgn).

-bergiat politik semenjak 1990 sbgai su cawangan smpangan.AJK PEMUDA bermula 2005.AJK BAHAGIAN brmula 2009.

- mengasaskan sekolah pondok 9.11.2012 di tanah wakaf sendiri Kg.simpangan dgn pngambilan pelajar setiap hujung tahun 50 org.pelajar semasa 20 org di bantu guru quran en daud ismail(bekas guru quran zi sndiri).Pondok di sumbg dato noor zahidi 50ribu 2013.Pengajian pelajar percuma makan percuma.

- Mula brkhdmat di 1988 sk bunohan(8 thn)1999(smk sri kurau perak)2002(smk ayer lanas jeli)2003-2008(smk geting)guru pemeriksa sejarah.

- Di maktb pernah johan Tilawah Al-quran taranum.

- mula mengaji di pondok tuan guru haji wan mat jal besar(1982 sehingga tuan guru meninggal 1994. pergi haji pertama 1994.haji ke 2-2008.Membawa jemaah umrah setiap tahun bermula 2011.


Mat Razi Mat Ail, 49, diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Mat Razi dalam satu Majlis di Pusat Operasi Pilihan Raya Kecil N.01 Pengkalan Kubor, Tumpat sebentar tadi.

Mat Razi berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat merupakan anak tempatan dan lebih dikenali sebagai Cikgu Mat Razi.

Beliau juga mengasaskan sekolah pondok di tanah wakaf sendiri Kampung Simpangan dan aktif dalam pelbagai aktiviti keagamaan membuatkan penduduk setempat memanggilnya Ustaz Mat Razi.

Mat Razi pernah muncul sebagai johan taranum al-Quran ketika menuntut di maktab perguruan dahulu dan turut menjadi imam di Masjid Simpangan.
 


Thursday, 4 September 2014

Pelajar Baru Perlekeh UiTM Di Laman Sosial


Shah Alam - Seorang pelajar yang baru sahaja bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi MARA mengejutkan banyak pihak apabila dia mencemuh serta memperlekeh universiti itu melalui laman sosial twitternya.

Pelajar yang baru mendaftar selama 3 hari itu membuat beberapa status yang mencemuh minggu orientasi UiTM dengan perkataan kesat selain mengheret nama baik universiti itu sebagai sebuah universiti yang tidak akan menjadi pilihan untuk anak-anaknya pada masa hadapan.

"Kalau aku dah ada anak dah besar nanti, i'll make sure that my children wont pursue their studies at uitm! like ever!", kata pelajar yang dikenali dengan username @mieruuzairis yang juga dipercayai mendapat tawaran pengajian perubatan UiTM.

"None of the universities in Malaysia can beat UiTM's MDS when it comes to silly slot and wasting time" tambahnya lagi di laman sosial sama.



Ramai pelajar yang mendapat tempat di UiTM hari ini yang bongkak dan bangga kononnya mereka dapat tawaran pengajian atas dasar kelayakan sendiri dan tanggungjawab kerajaan. Kemudian adalah yang tak berterima kasih dan ada yang hentam pemberi biasiswa sendiri. Sudahlah tak kenang jasa, lupa asal usul.





Lebuhraya Rakyat : PMBK Gagal Ketepikan Saman Dae Hanguru

KUALA LUMPUR - 2 Sept 2014, Mahkamah Rayuan membuat keputusan untuk menggugurkan rayuan PMBK(Perbadanan Menteri Besar Kelantan) untuk mengenepikan saman terhadap mereka oleh syarikat Dae Hanguru Infra Sdn. Bhd. kerana mengingkari surat hasrat untuk projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai.

Pada 26 Januari 2014, Dae Hanguru Infra memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Dae Hanguru Infra Sdn. Bhd. (Dae Hanguru Infra) selaku plaintif menamakan Baldah Toyyibah sebagai defendan pertama dan PMBK defendan kedua.
Syarikat pembinaan tersebut menuntut pihak defendan membayar kerugian perbelanjaan projek yang telah ditanggung berjumlah RM5,488,497.

Plaintif antara lain turut menuntut defendan membayar kerugian keuntungan dijangka lebih RM225,667,350.

Menurut,ZAIDON BIN OMAR BAKI, Pengarah Urusan Dae Hanguru Infra, pada 6 Mac 2014, PMBK telah failkan notis permohonan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk mengeluarkan mereka dari tuntutan saman Dae Hanguru Infra. Permohonan tersebut didengar pada 28 April 2014 dan digugurkan oleh Mahkamah Tinggi pada 14 Mei 2014.

PMBK kemudiannya failkan Notis Rayuan kepada Mahkamah Tinggi pada 22 Mei 2014. Rayuan tersebut didengari oleh Mahkamah Rayuan pada 2 September 2014 dan ianya ditolak.

Sehubungan dengan itu saman Dae Hanguru Infra terhadap Baldah Toyyibah dan PMBK itu bakal dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 21 hingga 24 September 2014.

Untuk rekod Projek Lebuhraya Rakyat telah beberapa kali menamakan kontraktor yang berlainan kini sudah memulakan kerja sekali lagi dengan melantik Kelkon bersama sama sebuah syarikat lain iaitu AFC Plus Sdn. Bhd sebagai kontraktor yang baru.

Sejak dilancarkan Mei 2012, beberapa nama syarikat lain dikaitkan dengan projek tersebut iaitu Menta Construction, ECOBOUND dan Afiqah Wira Sdn Bhd. dan ia sudah beberapa kali tertangguh.

Projek ini sekali lagi dilancarkan melalui sebuah Majlis Masuk Tapak oleh Datuk Ahmad Yaakub, Menteri Besar Kelantan pada 27 Ogos 2014 lalu.

-MZM

PAS Bukan Agama ─ Datuk Ahmad Maslan


TUMPAT – Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dinasihati agar tidak terpengaruh dengan fatwa tidak benar yang dikeluarkan oleh PAS.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pengundi di kawasan itu perlulah bertindak secara rasional untuk memilih wakil rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) DUN kawasan itu 25 Sept ini.

“Kalau ikut emosi, kita akan terikut-ikut dengan fatwa yang tidak benar, oleh itu kena guna rasional dan pemikiran yang mendalam kerana PAS bukan agama tetapi parti politik seperti parti politik lain.

“Apa yang penting adalah siapa yang beri lebih banyak kebajikan di tempat ini,”
katanya kepada pemberita selepas melawat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Ikan Kering di Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan menteri Kewangan berkata pada pilihan raya umum 2013, Barisan Nasional kalah di lima kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam DUN itu iaitu Telaga Bata, Geting, Ketil, Tebing dan Kedai Geting.

“Kita (BN) menang tujuh PDM, jadi kita ingin menang untuk menjadikan kawasan ini sebagai kawasan contoh dan harapan kita kemenangan dapat dikekalkan,”
Beliau berkata pendekatan secara terus akan digunakan bagi memberi kefahaman kepada pengundi di kawasan ini.
PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum 2013, Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 Sept ini sebagai hari penamaan calon, 21 Sept sebagai pengundian awal manakala 25 Sept hari mengundi. – BERNAMA

Wang Ehsan Diurus Oleh JPP Bersama MAIK


BACHOK – Wang ihsan yang sebelum ini diuruskan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bakal dikongsi bersama Kerajaan Negeri Kelantan melalui Majlis Agama dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK).

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, wang ihsan yang diperoleh RM50 juta setahun itu bakal dikongsikan melalui Maik untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan termasuk asnaf.

Beliau berkata, persetujuan itu dicapai hasil perbincangan bersama kerajaan negeri untuk manfaat rakyat Kelantan.

“Sebelum ini wang ihsan diberikan secara terus dari Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan melalui JPP untuk membantu rakyat pelbagai kategori yang memerlukannya.

“Ia termasuk pelajar sekolah, pelajar yang layak ke universiti, mereka yang ditimpa bencana dan sebagainya,” katanya ketika sidang media selepas majlis ramah mesra bersama pelajar baru Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Tangok, Bachok tengah hari tadi.