100 SOALAN RAKYAT UNTUK DUN KELANTAN

Pertubuhan Barisan Darul Naim (BADAR) hari ini menyerahkan 100 soalan kepada wakil Barisan Nasional (BN) YB Dato' Nozula Mat Diah

MOHON DAN KEMASKINI BR1M 3.0'

Permohonan BR1M 2014 dibuka sehingga 31 Januari 2014. Penerima BR1M sedia ada dikehendaki untuk mengemaskini permohonan anda.

PAS KELANTAN MENGGADAI TANAH RAKYAT BACHOK

Timb Menteri Besar Kelantan, Nik Amar telah berjaya menggadai 2 bidang tanah milik SEDC di Perupuk Bachok dengan kepada syarikat swasta untuk dibuat perumahan mewah berpagar dan kondominium dan hotel 4 bintang.

USTAS KAZIM DIPANGGIL 'ANJING' DAN 'BARUA'???

Beliau kesal apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.

AL-KISAH MENGENAI AIR KELANTAN SDN BHD

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bermula sebagai KELANTAN WATER SDN BHD (KWSB). AKSB/KWSB telah dijadikan sebagai sebuah syarikat swasta pada 25 Februari 1995. Sila klik pada gambar untuk berita selanjutnya...

Friday, 29 November 2013

JANGAN BUAT ISU HINA SULTAN KAMI TIDAK PENTING!!!

Nik Rabani, 22 Jun 2011.
Ketika Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dihina oleh seorang bekas pelajar PTPL, Nik Rabani melalui laman facebook pada 22 Jun 2011. Nik Rabani telah didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan yang yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Cepat pula tindakan dan penahanan dibuat oleh pihak Polis Terengganu.

Melissa Gooi, 1 Jun 2013
Ketika Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah juga dihina oleh seorang perempuan berbangsa cina bernama Melissa Gooi menerusi laman sosial facebooknya, ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, kerana menghina ucapan Seri Paduka pada 1 Jun lalu. Sekejap sahaja dia ditahan oleh Polis Kuala Lumpur, walaupun penghinaannya tidaklah seteruk yang dilakukan seorang aktivis Royalti (NGO R) baru-baru ini keatas Timbalan Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad Ke 5, Sultan Kelantan.

Listen Basikal Tua.
Kes menghina Tuanku Al-Sultan Kelantan oleh seorang aktivis Royalti melalui facebook yang bernama ‘Listen Basikal Tua’ milik Wan Muhiddin Asyrafi, dilihat seolah-olah senyap begitu saja. Semua maklumat penghinaan sudah pun dibekalkan oleh saudara Zakri b. Mohd Zaki (Timbalan Pengerusi BADAR) atau lebih dikenali sebagai 'Mat Jek' di dalam laman facebook kepada pihak Polis Kelantan pada 12 November lalu, termasuklah beberapa status lain yang menghina tuanku sebelum telefon bimbit 'Listen Basikal Tua' didakwa hilang pada 3 November 2013 lalu di Stadium Shah Alam.

Perkembangan kes tersebut masih belum diketahui sehingga sekarang, atau Polis Kelantan nak tunggu 35 laporan polis dibuat, macam berlaku pada kes Melissa Gooi tu baru nak bertindak???

Kalau macam tu, masih ramai lagi duk nunggu nok buat laporan nih!!!!!!

TOLONG JANGAN BUAT ISU HINA SULTAN KAMI TIDAK PENTING!!!!!



Sila rujuk :
1) Utusan Melayu (M) Bhd :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_09.htm
2) Berita Harian :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WanitahinaAgongditahan/Article

Thursday, 28 November 2013

KONSERT ARTIS GABUNGAN DUA NEGARA

SUDAH acap kali konsert gabungan dua buah negara diadakan di Malaysia. Atas predikat perpaduan, konsert sebegini terus dilaksanakan dan mendapat sambutan menggalakkan, baik daripada pihak artis mahupun peminat.

Namun, acara atas nama Konsert Destini ini lahir untuk mewujudkan objektif yang berbeza. Masih dalam rantaian persembahan penyanyi-penyanyi hebat Malaysia dan Indonesia, konsert yang akan dilaksanakan pada 20 dan 21 Disember ini mempunyai misi tersendiri.

Dianjurkan oleh pihak Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM, konsert ini bakal berlangsung di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Objektif utama konsert tersebut dianjurkan adalah untuk mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa yang merupakan tabung dermasiswa bagi membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan dari luar bandar, pedalaman dan miskin.

Ia juga akan disalurkan kepada anak yatim dan orang asli untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Konsert tersebut yang akan berlangsung pada pukul 8 malam menampilkan persembahan artis tersohor Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Jaclyn Victor, Adira, Hafiz Suip serta Dayang Nurfaizah manakala artis dari Indonesia terdiri daripada Datuk Rossa dan Pasha Ungu.

Menyambut baik perjuangan dana ini, Datuk Siti Nurhaliza yang akan menyanyikan tiga buah lagu hitnya melihat ia sebagai suatu usaha murni untuk membantu anak bangsa.

“Sebagai anak seni, kami bukan sahaja muncul untuk menghibur tetapi juga membantu melalui muzik. Kita mahu melihat anak bangsa berjaya.

“Ada dalam kalangan mereka ini yang berkeinginan tetapi kemampuan mereka terhalang. Saya dan rakan-rakan artis yang lain menyokong program yang dijalankan oleh YDAB,” ujarnya yang pernah bekerjasama dengan pihak YDAB sebelum ini.

Amy Search yang merupakan salah satu penampilan istimewa untuk dua malam konsert tersebut juga menyambut baik sebuah projek yang disifatkan sebagai membantu anak-anak bangsa yang tercicir.

“Saya akan menyanyikan sekitar tiga atau empat buah lagu. Saya mungkin akan tukar lagu pada malam kedua, semua bergantung kepada mood serta audiens,” ujar Amy yang menerima pelawaan penganjur konsert tanpa melihat jadual kerjanya kerana ikhlas mahu menghulur bantuan.

“Ini sebuah acara yang perlu ditunjukkan sokongan untuk generasi seterusnya,” ujar Amy yang menyimpan keinginan mempelajari seni lukis di UiTM suatu ketika dulu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB), Datuk Mohd. Aizuddin Mohd. Ghazali, sehingga kini sebanyak 2,500 tiket telah habis dijual.

“Artis yang sama akan menyanyi untuk dua malam. Konsert yang berdurasi dua jam 30 minit ini menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2 juta dan setiap ringgit akan disalurkan kepada pihak YDAB,” ujar Aizuddin yang turut menjelaskan, kehadiran Rossa dan Pasha adalah kerana agenda Tahun Melawat Malaysia 2014.

“Konsert ini terbuka kepada khalayak dan diharapkan mereka dapat berhibur sambil beramal. Konsep elegan dan harmoni akan ditampilkan pada malam tersebut dan akan membawa kelainan kepada Konsert Destini ini,” ujarnya yang akan turut menampilkan Edrie Hashim selaku Pengarah Muzik.

Tiket-tiket dijual pada harga RM30, RM80, RM200, RM300, RM500 dan RM1,000 menerusi Unit Pemasaran Konsert Destini dan Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) UiTM di talian 03 7962 2186 dan 03 3342 5080.


                     Orang ramai yang ingin membuat TEMPAHAN boleh menghubungi: 
019-6704734 / 013-3959839 / 03-79622186



MB KELANTAN JUMPA DS NAJIB

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Perdana Putra di Putrajaya.

Ahmad yang ditemui sejurus selepas perjumpaan selama kira-kira 45 minit itu berkata, ia merupakan kunjungan hormat beliau selaku Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik.

Beliau berkata, antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berkaitan dengan pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri. "Contohnya berkaitan dengan infrastruktur dan juga hal lain untuk kebajikan rakyat," katanya dan menambah, isu berkaitan politik tidak dibincangkan dalam pertemuan itu.          

Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada kira-kira jam 9 pagi bersama beberapa anggota exco kerajaan negeri Kelantan, dan beliau diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika memasuki pejabat perdana menteri.

Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei lalu, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandang jawatan menteri besar selama 23 tahun.

BAHANA DARI HUSAM

YB Haji Hanifa Ahmad
Bahana dari HUSAM, Husam jung ecer tahi sebelum PRU , orang lain jung kena basuh, terbaru LEBUHRAYA RAKYAT akan dibuka tender sedikit masa dengan anggaran RM550 juta untuk 30km, dari Machang ke Kuala Krai. 

Bayaran yang ditawarkan bagi kontraktor yang berjaya membida adalah secara tertangguh setahun selepas lebuhraya itu siap. 

YB Hanifa berkata, andai ada kontraktor yang berminat maka dia kena ada wang yang terlalu banyak iaitu menyamai bajet tahunan untuk jaga sebutir negeri dan duit tu MAPUHH selama 4 tahun kat situ sebelum dapat 'collect' balik dari Kerajaan Negeri , tu pun andai semua 'smooth' lancar lawas serupa telan pisang. Tapi gak nampak ko peseng, dengan bajet tahunan kerajaan negeri 2014 sebanyak RM550juta jugak tu pun selepas dicampur RM200juta hasil royalti petroleum yang masih diperingkat perbicaraan yang entah lagumana ajaib dia masukkan jugak, mencipta defisit tahunan sebanyak RM10.4 Juta. 

Kok celoh mana nak bayar RM550juta???

*Buat YB Haji Hanifa Ahmad* 

Tuan haji xdok bakat weh nak pelawok serupo gu tuan haji... 

Maaf lah logik akal x leh nk terima.

Wednesday, 27 November 2013

HIKAYAT SEBUAH LEBUHRAYA

Bermula dari pembentukan Baldah Toyyibah Sdn Bhd. syarikat cikai yang disamatarafkan dengan PRASARANA, menyelia pembinaan Lebuh Raya Rakyat (LERAK) ciptaan HUSAM, memungut derma dari RAKYAT untuk membuat sebuah HIGHWAY IDAMAN dengan menjaja kononnya dianaktirikan. (walaupun sebahagian Central Spine Road menuju ke KELANTAN sudah dan sedang dalam pembinaan bermula di Bentong, Pahang).

Lalu didermakan barangan pembinaan oleh GERAKAN TUKAR di hadapan SUK NEGERI, maka melompatlah EXCO EXCO Negeri menyatakan bahawa mereka sudah ada pembiayaan dari IRAN lah dan macam macam lagi, derma dari rakyat hanyalah simbolik 'anak tiri' semata mata. 

Dicanang pada rakyat bahawa kontraktor asal MENTA CONSTRUCTION terpaksa tarik diri disebabkan diberi tekanan oleh PUSAT katanya. Muncul Kontraktor penyelamat, DAELIM dari KOREA yang juga selepas itu lama menunggu sesuatu janji yang konkrit dari kerajaan Negeri mengenai pulangan yang mereka dapat jika mereka bina LERAK, akhirnya TARIK DIRI juga setelah jemu menunggu. Walau diberitahu pada rakyat mereka ditolak, untuk membolehkan ECOBOUND masuk dengan satu proposal baru yang dikatakan lebih menguntungkan negeri... dan TERBARU, sekali lagi kisah yang sama berulang... mereka JUGA MENARIK DIRI..... itulah akibatnya apabila permulaan kerja tu menipu sampai kesudah tak berkat.... 

TOLONG JELASKAN PADA RAKYAT APA YANG TELAH BERLAKU!!!!!

CERITA YANG SEBENAR LAAA WAHAI PEMIMPIN PARTI ISLAM NEGERI KELANTAN!!!!

Bukan rakyat Islam Kelate yang menderma saja x halalkan kerja lagu nih, bahkan Puak Budha Ketik TUMPAT pun tertanya-tanya kemana derma RM63 RIBU hok dia derma mulo??? Kalu ada, hantar kelik laaa wei!!!!!!!!!!!!!!!!!......

Monday, 25 November 2013

PEMANDU IZZAH DISIASAT BERKAITAN KES ROGOL & SAMUN WANITA INDONESIA

KUALA LUMPUR - Pemandu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kini disiasat berhubung aduan rogol dan samun oleh seorang wanita warga Indonesia semalam.

Menurut sumber, mangsa yang dalam lingkungan 30-an dan bekerja sebagai pembantu rumah telah dibawa keluar oleh pemandu berkenaan bersama seorang lagi lelaki ke sebuah rumah di Cheras sebelum diberikan sebatang rokok untuk dihisap.
Mangsa yang mendakwa pening selepas diarahkan menghisap rokok itu kemudiannya mengadu dirogol oleh suspek dan seorang lagi rakannya.

Selain dirogol, mangsa juga mendakwa turut dipukul dan telefon bimbit, pasport serta sejumlah wang miliknya telah dilarikan oleh suspek.

Mangsa telah diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Kes kini sedang disiasat untuk tindakan lanjut.

Sunday, 24 November 2013

#HukumHudud PAS TETAP LAKSANAKAN HUDUD DI KELANTAN

Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
SHAH ALAM : Parti Islam Semalaysia (PAS) tetap dengan pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun mendapat tentangan hebat daripada sekutunya DAP.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, DAP tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan dan dasar parti itu walaupun wujudnya tahaluf siyasi antara mereka dalam pakatan pembangkang.
Tegasnya, asas hubungan politik yang dijalinkan bersama DAP tidak membataskan parti itu untuk melaksanakan undang-undang Islam tersebut di negeri Kelantan.

"Hak dia bersuara, hak kita meneruskan apa yang kita perjuangkan.
Itu tak ada dalam perjanjian dalam Pakatan Rakyat. Masing-masing dengan ideologi masing-masing." - Abdul Hadi Awang

"Kerjasama kita (Pakatan Rakyat) dalam perkara persamaan, dalam perkara perbezaan itu hak masing-masing," katanya pada sidang media selepas majlis penutup Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Shah Alam di sini.

Beliau mengulas mengenai rayuan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh terhadap PAS agar tidak meneruskan cadangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Karpal Singh
Menurut Karpal, kerajaan negeri dibawah pimpinan PAS tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut.

Katanya, DAP tetap tegas menentang pelaksanaan hudud dan cadangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Sebelum ini media melaporkan mengenai kesediaan Mahkamah Syariah Kelantan untuk melaksanakan enakmen yang dibentuk pada tahun 1993 bila-bila masa sekiranya kerajaan negeri itu mahu menguatkuasakannya.

Persoalannya :

1.Bilakah kerajaan PAS negeri Kelantan mahu melaksanakan hukum HUDUD di negeri Kelantan? 

2.Adakah Kerajaan PAS Kelantan tidak bersedia untuk melaksanakan hukum HUDUD? 

3.Adakah kata-kata mereka hanya manis dimulut?